Skip to main content

Jelajah Kenduri Rewang Adabi bersama pelajar UMP erat hubungan baik

PAYA BESAR, 10 Januari 2023 - Lebih 500 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menikmati juadah makan tengah hari yang lazat secara percuma sempena Program Jelajah Kenduri Rewang Adabi bersama pelajar UMP bertempat di Masjid Universiti. 

Lebih menariknya menu Nasi Minyak, Ayam Masak Kerutub, Sayur Dalca dan Acar Jelantah disediakan dengan memasak secara rewang dan bergotong-royong yang turut dibantu kira-kira seramai 30 sukarelawan pelajar UMP Kilau dan staf Adabi Consumer yang diketuai oleh Chef Irwan Mohd Nor.

Program itu turut dihadiri selebriti terkenal Datuk Fizz Fairuz. 

Turut sama hadir Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaboratif Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin, Pengurus Besar Adabi Kuantan, Abd Rahim Mohd Nor dan Pengurus Jenama dan Promosi Adabi, Roshidi Zabidi.

Jelajah Kenduri Rewang Adabi bersama pelajar UMP erat hubungan baik

Menurut Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin, pihak UMP mengucapkan penghargaa terima kasih kepada Adabi Consumer kerana memilih UMP sebagai destinasi Jelajah Kenduri Rewang Adabi.

“Program sebegini sememangnya memberi manfaat kepada pelajar dengan makanan yang berkhasiat.

“UMP sememangnya mengalu-alukan rakan-rakan strategik dalam mengadakan program sebegini bagi membantu meringankan beban pelajar terutama mereka yang terdiri daripada golongan B40.

“Adabi Consumer sememangnya tidak asing lagi di UMP yang sentiasa memberikan kerjasama dalam jalinan program pelajar dan kemasyarakatan,” katanya.

Beliau mengharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi impak yang positif kepada pelajar dan masyarakat setempat di samping memperkenalkan produk makanan halalndan berkualiti tinggi serta mempunyai rasa yang tersendiri. 

Jelajah Kenduri Rewang Adabi bersama pelajar UMP erat hubungan baik

Dalam pada itu, Abd Rahim berkata, penglibatan UMP tidak asing lagi memandangkan pihak Adabi sentiasa nendapat sokongan penuh dan sering bekerjasama dalam projek khidmat komuniti di dalam dan di luar kampus. 

“Malah, kami turut diundang dalam program-program anjuran universiti termasuklah penganjuran sempena ekspokonvo, kenduri rakyat dan menjelang bulan Ramadan,” ujarnya. 

Manakala Roshidi Zabidi pula berkata, UMP merupakan destinasi ketiga dalam menjayakan program Jelajah Kenduri Rewang Adabi selepas di Rawang, Kuala Selangor dan selepas ini pula akan diadakan di Perak.

“Menu yang disediakan pada hari ini adalah menggunakan produk-produk keluaran Adabi terutamanya rempah-rempah dan santan. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan pelajar UMP yang banyak membantu dalam menyiapkan juadah seawal jam 8.30 pagi,” katanya. 

Beliau juga turut menyeru agar para pelajar dapat menyokong produk Adabi yang merupakan pengeluar produk makanan halal dan berkualiti tinggi serta mempunyai cita rasa yang hebat.

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris