Skip to main content

Yayasan UMPSA agih sumbangan ‘Back To School’ buat anak staf berkeperluan

Paya Besar, 28 Februari 2024- Seramai 100 anak-anak staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada pihak Yayasan UMPSA atas keprihatinan universiti dalam meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan staf yang berkeperluan. 

Kelengkapan sekolah ini terdiri daripada pakaian sekolah, stoking, kasut, beg sekolah serta alat tulis buat anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan bagi Sesi Mac 2024/2025 tidak lama lagi. 

Kembara Mobiliti Lestari UMPSA tabur bakti di bumi Songkla

SONGKHLA THAILAND, 18 Februari 2024 - Seramai 85 sukarelawan staf  dan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar dalam kalangan anak yatim dan kurang berkemampuan yang menuntut  di Bumrungsuksa Islamic Boarding School (BIS), Hatyai Songkhla Thailand baru-baru ini.

UMPSA rai 58 staf yang berkhidmat 20 tahun

GAMBANG, 16 Februari 2024 – Seramai 58 staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang telah berkhidmat selama 20 tahun telah diraikan sempena Majlis Amanat Naib Canselor baru-baru ini. 

Majlis penyampaian sijil dan wang sagu hati telah disampaikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yusserie Zainuddin dan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim. 

Tahukah anda sejarah bunga emas?

Mungkin sesetengah generasi muda Malaysia pada hari ini tidak kenal atau tidak pernah mendengar apakah bunga emas dalam sejarah negara Malaysia. Melihat dari aspek sejarah, bunga emas merupakan salah satu mekanisme yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Melayu tradisional dalam mewujudkan hubungan persahabatan dan pengukuhan kuasa dengan negara luar. Sebenarnya, pemberian bunga emas ini adalah antara pemberian atau bantuan yang diberikan kepada negara luar selain bantuan ekonomi, ketenteraan dan keselamatan.

Anang jurutera usahawan perkenal Shawarma cita rasa Malaysia

GAMBANG, 22 Februari 2024 - Gaya kehidupan harian rakyat Malaysia yang semakin sibuk dan mementingkan makanan sihat dan makanan boleh dimakan segera menyebabkan perkhidmatan makanan ini semakin mendapat sambutan. 

Shawarma atau juga disebut Kebab Gulung merupakan kategori makanan segera dan sihat yang berasal dari negara Timur Tengah seperti Arab, Turki, Mesir, Jordan dan Iraq telah mula dipasarkan dan mendapat sambutan di Malaysia.