Skip to main content

Kolaborasi UMP dan BEM memperkasa profesion jurutera

PEKAN, 26 Oktober 2021 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi membantu graduan ijazah Kejuruteraan memperoleh pendaftaran berkelompok (bulk registration) di bawah Akta Pendaftaran Jurutera REA 1967.

Kolaborasi dengan BEM itu turut melibatkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Monash Malaysia dan Universiti Nottingham Malaysia.

Pentadbir perlu siap sedia mendepani dunia VUCA

PEKAN, 26 Oktober 2021- Mengurus organisasi pendidikan tinggi hari ini haruslah diberikan nafas baharu agar universiti dapat melahirkan graduan yang berketerampilan dan relevan dengan bidang pekerjaan masa hadapan. 

Lambakan maklumat dan kepesatan teknologi dengan kehadiran dunia VUCA ini dilihat bakal merubah landskap pendidikan tinggi yang juga memberikan impak terhadap generasi akan datang.

UMP hub for MyREN IPT East Coast access

PEKAN, 11 October 2021 - The relocation of the East Coast Malaysian Research & Education Network (MyREN) Point-of-Presence (PoP) from Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang campus to UMP Pekan will improve PoP operations.

It gives an advantage to educational institutions on the East Coast to enjoy the best internet access services from MyREN to improve the quality of education and research.

Kayuhan Berbasikal Go Green inisiatif penghijauan kampus

PEKAN, 24 Oktober 2021 - Program Kayuhan Go Green Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) anjuran Yayasan UMP baru-baru ini memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal di dalam kampus dan sebagai amalan terbaik dalam usaha menyokong agenda   penghijauan kampus.

Kolaborasi UMP anjur Minggu Keusahawanan SKAC

KUANTAN, 8 Oktober 2021 – Penganjuran Minggu Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Assunta Convent 2021 (MK SKAC) hasil kerjasama Unit Kokurikulum dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKAC dan  Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Jabatan Pembangunan Graduan, Universiti Malaysia Pahang  (UMP) secara dalam talian telah menarik penyertaan seramai 71 orang pelajar sekolah baru-baru ini.

Subscribe to General