Pelajar UMP kembali ke kampus, proses berjalan lancar
KUANTAN, 15 Oktober 2021 - Proses kemasukan pelajar ke kampus UMP berjalan lancar hari ini apabila semua pelajar dan ibu bapa memberi kerjasama mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Seramai 350 orang pelajar kembali ke kampus pada hari pertama hari ini dan ia akan diikuti seramai 1,200 yang dijangka pulang pada hari Sabtu dan Ahad ini.