Skip to main content

Kekal istiqamah di akhir Ramadan

Kita  telah  pun  berada  di fasa yang  terakhir Ramadan. Biar pun kita masih diuji dengan  kehadiran virus Covid-19, namun ia bukanlah penghalang untuk  kita terus kekal cemerlang dalam menyempurnakan ibadat puasa dan ibadat-ibadat  lain  khususnya di akhir Ramadan ini. 

Utamakan Produk Muslim

Kempen Buy Muslim First atau BMF sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat tidak kira dalam perbualan harian, media cetak mahupun elektronik. Ia turut menjadi topik perdebatan beberapa tokoh ahli politik terkemuka. Bagi penulis, usaha ini akan lebih menggalakkan pengguna untuk membeli produk keluaran Muslim yang secara terang-terangan diyakini halal dan bersih. Namun, ada segelintir pihak yang merasakan kempen ini cuba membawa masuk konotasi yang berbaur perkauman dan memboikot produk keluaran bukan Muslim secara tidak langsung. 

Prinsip Kedaulatan dalam Falsafah Perlembagaan

Kedaulatan dalam takrifan popular ialah kuasa agung di dalam sebuah wilayah. Wan Ahmad Fauzi (2018) mentakrifkan kedaulatan sebagai penguasa agung yang memiliki hak mutlak untuk menetapkan sistem politik, undang-undang dan prinsip perundangan serta berkuasa untuk mendelegat kuasa penggubalan undang-undang kepada entiti lain tanpa memprejudiskan hak mutlaknya itu. Undang-undang yang digubal dalam ruang lingkup yang ditentukan oleh penguasa agung adalah sah untuk mencorakkan sistem politik dan undang-undang sesebuah kerajaan atau negara.

‘Bandar Span’ mungkin jawapan kepada permasalahan banjir?

Negara kita kerap dilanda banjir terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun kini, corak taburan hujan dan kejadian banjir semakin sukar diramal, malah mengakibatkan banjir hampir di seluruh negara. Keadaan ini ditambah pula dengan pandemik COVID-19 yang dilihat semakin meruncing sehingga memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi dan sekali gus mengisytiharkan darurat. 

Lidah Pendek, Boleh Dibedah atau Tidak?

Apakah yang anda tahu tentang lidah pendek? Lidah pendek sering dikaitkan dengan pelat sama ada dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa. Ia terjadi apabila jalur tisu yang pendek, tebal atau ketat, yang dikenali sebagai lingual frenulum, melekat di antara dasar mulut dan hujung lidah.

Subscribe to Experts