Skip to main content

642 Hari Mengupas Watak Pentadbir Hari Ini

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan yang terbaik untuk kita meneruskan agenda kehidupan kita di bumi Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang kita cintai. Mungkin rakan-rakan sekalian tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 642 hari? 642 hari juga bersamaan dengan 1 tahun 277 hari, kurang 88 hari mencukupkan angka dua tahun. Kita tinggalkan dahulu angka ini kerana ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan.
 
Amanat Tahun 2021

Sedekad bersama UMP dan Hebei University

Sedekad usia Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan Hebei Universitiy (HBU) sejak mulanya penubuhan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC) pada tahun 2011. Dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Confucius Institute Headquarters (Hanban) dan HBU, kini MLCC telah dinaik taraf menjadi Institut Confucius pada tahun 2018.

Malay Martial Arts

Malay martial arts, Silat becomes one of the national heritages, registered under Intangible Cultural Heritage. Silat is an art that exists in the Malay Archipelago. Many studies about this art agree that Silat existed since the early of Langkasuka Kingdom (2nd century).

Today, Silat is recognised not only for martial art but also for a combative sports game. There are 548 associations registered under the Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia or the National Silat Federation of Malaysia.

Ingin Jadi Pelajar Minda Kelas Pertama? Kuasai Pengetahuan Am

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang tentulah menjadi igauan setiap pelajar. Apatah lagi menjadi pelajar minda kelas pertama, bukan jalan yang mudah dan juga tidak susah untuk mendapatkannya. Sana sini kita mendengar orang bercakap tentang generasi minda kelas pertama, tetapi berapa ramaikah yang betul-betul memahami apa itu generasi minda kelas pertama?

Penggunaan Ubatan Herba Sebagai Rawatan Penyakit: Manfaat atau Mudarat?

Penggunaan ubatan herba daripada tumbuhan semula jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia bukanlah suatu perkara baharu. Penggunaan yang kerap kali didengari adalah bertujuan mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser. Masyarakat Malaysia yang terlalu taksub dengan penggunaan ubatan herba tradisional akan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi membelinya tanpa memikirkan keberkesanan pengambilannya terlebih dahulu. 

5 tanggungjawab warga UMP terhadap sumber elektronik yang dilanggan

Norma baharu, segalanya digital. Tidak dinafikan keperluan penggunaan bahan sumber elektronik semasa tempoh pandemik yang melanda kini agak meningkat. Kesedaran pengguna untuk mengenali dan menggunakan sumber rujukan elektronik juga semakin menggalakkan. Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang menyokong aktiviti pembelajaran dan kecemerlangan penyelidikan, Perpustakaan UMP telah melanggan beberapa sumber rujukan elektronik untuk kegunaannya.

Subscribe to Experts