Skip to main content

Practise personal care and hygiene

We are encouraged to always practise self-care and hygiene in everyday life, as many of the surfaces we touch are exposed to bacteria or viruses that can cause diseases.

Bacteria or viruses can be transferred through handshaking, doorknobs, pipes, utensils, toilet tools and many more.

Hands can act as the transfer agent when touching the face, especially eyes, nose or mouth.

Hand washing is a crucial step to prevent the spread of disease.

Kesan gelombang haba terhadap kualiti udara

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh dunia termasuk Malaysia disebabkan oleh virus Covid-19 secara tidak langsung memberi kesan yang baik kepada iklim global. Kadar pencemaran udara dan pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan kerana aktiviti-aktiviti manusia seperti pergerakan kenderaan, aktiviti pembinaan dan perindustrian yang merupakan penyumbang karbon dioksida kedua tertinggi di Malaysia, iaitu pada tahap 23 peratus adalah pada tahap minima.

Kerap Membasuh Tangan Cegah Jangkitan

Membasuh tangan adalah satu langkah penting yang boleh kita ambil untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Di dalam menjalani aktiviti seharian, banyak permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan inilah terdapat bakteria atau virus yang menjadi punca penyebab penyakit. Antara perkara yang boleh menyebabkan bakteria atau virus melekat pada tangan seperti berjabat tangan, memegang pemegang pintu, paip, perkakas dapur, peralatan tandas dan lain-lain.

Hibrah Covid-19 Ubah Cara Bekerja

Ungkapan ‘Apa khabar semua ?’ sentiasa menjadi ungkapan awal yang diucap oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum memulakan Perutusan Khas Perdana Menteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nada seperti seorang bapa yang sedang memberi nasihat amat disenangi oleh rakyat Malaysia sehingga merasakan diri selamat walaupun negara sedang dilanda musibah.

Pendedahan Terhadap Dasar-Dasar Kerajaan Lahirkan Generasi Berintegriti Dan Berwawasan

Peranan kerajaan dalam memperkenalkan dan melaksanakan dasar-dasar negara tidak dapat dinafikan lagi. Ianya telah bermula sejak pengenalan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara yang digubal sejak sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Pengenalan dasar pembangunan negara lebih jelas dan lebih rancak memfokuskan isu-isu tertentu bermula pada tahun 1970 sehingga kini. Secara amnya, penggubalan dasar-dasar negara dilaksanakan selaras dengan pembangunan sosioekonomi dan politik negara semasa.

Sambung Belajar Itu Mudah

Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China. Itu adalah perumpamaan yang menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Menuntut ilmu itu tiada noktahnya, iaitu bukan tamat setelah anda mengenggam ijazah, tetapi ilmu perlu dicari setiap masa. Dewasa ini sudah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda sama ada di dalam atau luar negara. Berbeza dengan zaman 1980-an dulu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sudah cukup untuk seseorang itu mencari pekerjaan.

Subscribe to Experts