Lakaran Sejarah Baharu MPP Tingkat Pemerkasaan Mahasiswa UMP
Tanggal 27 November 2019, satu sejarah baru dilakar oleh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah dijayakan sepenuhnya oleh mahasiswa UMP buat pertama kali mengikut tatacara dan kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang. Ini merupakan perkembangan positif ke arah era pemerkasaan mahasiswa dan pra-penubuhan kesatuan pelajar di UMP. Di petik dari laman Facebook Pemilihan Perwakilan Pelajar (PMPP), Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) merupakan jawatankuasa tertinggi dalam PMPP.