Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Jalinan Kerjasama

UMP, ASSB  jalin kerjasama strategik dalam akademik dan pembangunan insan

UMP, ASSB  jalin kerjasama strategik dalam akademik dan pembangunan insan

KUANTAN, 19 Mei 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. (ASSB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak. 

Menerusi kerjasama ini UMP dan ASSB akan membangunkan tapak pengajaran Confucius Institute (CI) UMP bagi menawarkan kursus teknikal Bahasa Mandarin dalam bidang metalurgi untuk staf tempatan ASSB yang akan meningkatkan kecekapan dalam  Bahasa Mandarin + Pendidikan Vokasional''.


Sukan dan Rekreasi

Selamat Berjuang Atlet Olahraga Negara  Acara Jalan Kaki 20 KM Sukan SEA Hanoi Vietnam.  Nurul Ashikin Hussin Mahasiswa Fakulti Pengurusan Industri  Warga UMP dan Seluruh Rakyat Malaysia Mendoakan Kejayaan Anda.

Nurul Ashikin mahasiswa UMP galas cabaran dalam Sukan SEA Hanoi

KUANTAN, 16 Mei 2022 - Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Nurul Ashikin Hussin yang merupakan atlet olahraga jalan kaki 20 km berhasrat membawa pulang pingat dalam Temasya Sukan SEA Hanoi Vietnam yang berlangsung mulai 12 hingga 23 Mei 2022 ini. 

Beliau mengharapkan doa daripada seluruh warga UMP dan rakyat Malaysia agar dapat membawa pulang kejayaan serta mengibarkan jalur gemilang di Hanoi. 

footer pekan review april 2022