Skip to main content

4 graduan anak-anak staf UMPSA terima diploma dan ijazah

GAMBANG 21 Oktober 2023 – Macam tak percaya dapat hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 hari ini apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan keretanya total lost pada 3 September yang lalu. 

Itulah luahan Amer Daniel Abd Rahman yang merupakan graduan Diploma Sains Komputer, Fakulti Komputeran.

2 graduan sarat hamil hadir majlis konvo UMP

KUANTAN 19 Mac 2022 - Dua orang graduan yang sarat mengandung  mencuri perhatian apabila berpeluang menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-15 UMP bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

Nur Syafiqah Suardi, 26 merupakan graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal)  yang sedang mengandung anak sulung itu  dijangka akan bersalin pada 31 Mac ini.

Joanne 7 Kali Anugerah Dekan terima Anugerah Pelajaran Diraja

Kuantan, 10 November- Joanne Bong Shan Shan,24 yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-13 UMP membuktikan aktif dalam persatuan bukan halangan baginya cemerlang akademik dengan meraih PNGK 3.90 dan pernah menerima Anugerah Dekan sebanyak tujuh kali sepanjang pengajian.

Shahira Buktikan Mampu Berjaya Cemerlang

Kuantan, 10 November – Anak kelahiran Bentong Pahang,  Shahira Amira Ahmad Fadzi,25 membuktikan bidang kemahiran juga mampu melanjutkan pengajian di universiti dan memperoleh bidang yang diminati. Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) dengan kepujian  sebelum ini telah mengikuti Kursus Pengurusan Teknologi Pejabat dari Sekolah Vokasional Temerloh dan dengan niat untuk mengubah kehidupan keluarga, beliau tekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Subscribe to KONVOKESYEN