Skip to main content

Andrew Lim Wei Chin dinobat penerima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings Sdn. Bhd.

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Semangat untuk mencapai kecemerlangan akhirmya membuahkan hasil apabila graduan Andrew Lim Wei Chin, 24 dinobatkan sebagai  penerima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18.  

Anak kelahiran Miri Sarawak itu merupakan anak kepada pasangan Lim Fook Joo dan Chuan Swee Yiaw.  

Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.  

Beliau yang telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia) dengan Kepujian itu mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82 sepanjang pengajiannya di UMPSA. 

Anugerah itu adalah pengikhtirafan kepada pencapaiannya dalam bidang akademik dan kokurikum yang luar biasa.  

Andrew Lim Wei Chin dinobat penerima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings Sdn. Bhd.

Belia juga telah mempertahankan status Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut.  

Selain cemerlang dalam akademik, Andrew Lim Wei Chin yang menjadi contoh teladan dalam komuniti kampus, turut terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti sosial.  

Beliau aktif dalam kokurikulum sepanjang pengajiannya di UMPSA, malah pernah menyandang jawatan sebagai Presiden, Program My Career Roadmap: How Do I Get A Job in Computer Industry 2021 dan Presiden, Lawatan Benchmark PMFiK (PETAKOM as Guest) 2021.  

Di samping itu juga beliau aktif menyertai pertandingan  penyelidikan antaranya dengan menyertai Creation, Innovation, Technology and Research Ecposition (CITREX). 

Dalam pertandingan itu, beliau memperoleh pingat emas bersama dengan Dr. Nor Saradatul Akmar Zulkifli Beliau yang berpegang teguh dengan prinsip hidup  

Berpegang teguh dengan prinsip “You never know what’s coming next in you life, so always give your best effort in everything you do so you leave no regrets behind. Who knows what’ve you done before leads you to success? Cheers!”, menjadikan beliau seorang yang  berusaha keras, komitmen dan berdedikasi.  

Ujarnya, soft skills adalah penting sebagai seorang pelajar dalam aspek pendidikan mahupun kokurikulum supaya kita dapat menjadi seorang graduan yang mempunyai pengetahuan dan soft skill yang cemerlang.  

Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings adalah satu pengikhtirafan terkemuka di UMPSA dan ia menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan universiti. 

Disediakan oleh: Norhidayah Mohamed, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Norhidayah binti Mohamad