Skip to main content

UMPSA dilengkapi fasiliti canggih bakal hasilkan jurutera berjaya

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pagie Lau Ting Ying yang berasal dari Miri, Sarawak menerima Hadiah Kecemerlangan Akademik Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-18 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang. 

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu adalah Graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).

Pemegang Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.87 itu juga adalah Pemegang Biasiswa Yayasan UMPSA dan pernah mendapat Anugerah Emas Fakulti semasa pengajian diplomanya di UMPSA.

Anak kepada pasangan Penyelia Kilang, Lau Shan Hock, 52  dan peniaga Voon Nyet Ching, 48  itu terus melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di UMPSA dan menjadi pemegang biasiswa Yayasan Gamuda setelah menghabiskan pengajian diploma. 

Beliau seorang yang sangat aktif dan turut menyertai pelbagai aktiviti seperi ‘Bicara Ilmuwan dan Lonjakan Saujana’. 

Semasa di UMPSA, beliau juga menyandang jawatan EXCO, Naib Setiausaha, Kelab Enactus dan Naib Pengerusi untuk Malam Kebudayaan Cina 2022 (UCCN)

Katanya, UMPSA dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang canggih dan serba lengkap.

“Malah, pensyarahnya juga berpengalaman dan mengajar dengan penuh kasih sayang.

“Kokurikulum yang disediakan oleh pihak UMPSA telah membantu para pelajar untuk menarik minat dalam beberapa aspek selain daripada pembelajaran. 

“Saya telah berjaya memberanikan diri untuk berucap di khalayak ramai terutamaya ketika mengadakan pembentangan di dalam kuliah, memberikan ucapan semasa aktiviti kelab  dan lain-lain" katanya.

Ujarnya lagi, pencapaian ini amat bermakna kepadanya  kerana beliau merupakan seorang yang  pemalu dan pendiam. 

“Prinsip saya adalah ‘My current situation is not my final destination’.
"Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

“Kasih sayang ibu bapa merupakan antara penyumbang utama dalam kejayaan saya pada hari ini,” ujarnya.
 
Tambahnya lagi, beliau ingin mengubah kehidupan keluarganya supaya dapat meringankan beban ibu bapa pada masa depan 
 
Beliau kini sekarang berkhidmat di  Building Information Modelling (BIM) Engineer di Gamuda Engineering Sdn. Bhd. 

“Salah satu kepakaran saya ialah mengesan pertembungan dalam model 3D sebelum projek (rumah, kondominium, dan lain-lain.) dibina.

“Ini dapat mengurangkan kesilapan dan kos yang mungkin melambatkan kemajuan sebuah pembinaan. 

“Skop kerja saya kini sangat sesuai dan sama dengan apa yang dipelajari sewaktu di UMPSA, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi juga dalam kemahiran insaniah,” katanya. 

Di kesempatan ini, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarganya, terutamanya ibu dan bapa kerana mereka sering memberikan sokongan dan dorongan untuk tidak berputus asa semasa menghadapi pelbagai cabaran tanpa mengeluh. 

“Tanpa melupakan rakan-rakan saya, mereka selalu membantu saya tidak kira secara fizikal atau mental. 

“Tanpa pertolongan mereka juga tidak mungkin saya dapat mencapai kejayaan ini,”  jelas Pagie. 

UMPSA dilengkapi fasiliti canggih bakal hasilkan jurutera berjaya

Disediakan oleh: Hafizatulazlin Abdul Aziz, Pusat Komunikasi Korporat
 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Hafizatulazlin binti Abdul Aziz