Skip to main content

UMPSA rai Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dengan semangat patriotik

PEKAN, 21 September 2023 – Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) disaran untuk menghayati semangat kemerdekaan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama terhadap rakan sekerja, anak didik, jiran dan semua insan yang berada di sekeliling kita bersatu padu yang mendalam terhadap satu sama lain.  

Menurut Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dalam ucapannnya, beliau menyeru agar warga UMPSA untuk bersama-sama bersyukur atas nikmat dan kemudahan serta menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara.

UMPSA rai Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dengan semangat patriotik

Beliau hadir ketika merasmikan Majlis Penutup Hari Kebangsaan Ke-66 dan Hari Malaysia  Peringkat Universiti 2023 di Dewan Bankuet UMPSA  Pekan baru-baru ini. 

Ujarnya, kesejahteraan dan keharmonian negara pada hari ini adalah atas jasa dan pengorbanan tokoh pejuang kemerdekaan. 

“Tanpa mereka, negara kita mungkin masih dijajah oleh penjajah.

“Sambutan Hari Kemerdekaan bukan sahaja melibatkana perarakan warna-warni, mengibarkan bendera, menyanyikan lagu ‘Negaraku’ tetapi ia juga bertujuan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita,” katanya. 

UMPSA rai Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dengan semangat patriotik

Hadir sama Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim dan Ketua Pustakawan, Kamariah Gono dan Pegawai Pendidikan Sri Kuantan, Leftenan Muda Muhammad Faris Syahmi Yusri.

Pada masa yang sama turut diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Tiktok Hari Kebangsaan, Hias Pejabat Hari Kebangsaan, Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik, Festival Filem Merdeka - Kupasan Filem (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).

Pertandingan Hias Pejabat Hari Kebangsaan tempat pertama telah dimenangi oleh Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH) manakala tempat kedua dan ketiga pula telah dimenangi oleh Pejabat Naib Canselor (PNC) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS). 

Pertandingan Tiktok Hari Kebangsaan pula tempat pertama dimenangi oleh Pusat Bahasa Moden (PBM), Jabatan Pendaftar di tempat kedua dan Pusat Sejahtera UMPSA di tempat ketiga. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris