Skip to main content

Impian Nooraizah sambung pengajian di UMPSA jadi kenyataan

Kuantan: Impian Nooraizah Mohd Safie, 18, menyambung pengajian ke universiti menjadi kenyataan apabila mendaftar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), semalam.

Lebih bermakna kehadiran Nooraizah bukan saja bersama ibu dan adik-beradik malah dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Dor, Jerteh yang sentiasa mendorong untuk dia menyambung pelajaran turut menemaninya.

Kehadiran mereka disambut oleh Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Ahmad Ziad Sulaiman serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), Prof Dr Mohd Rusllim Mohamed.

Author
azwin