Skip to main content

UMPSA laksana khidmat komuniti bersama masyarakat Demangrejo, Indonesia

DEMANGREJO, KULON PROGO INDONESIA, 6 Mac 2024 – Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini telah mengadakan program khidmat komuniti bersama masyakarat di kampung Demangrejo, Kulon Progo, Indonesia. 

Eksekutif Teknikal Bahagian Komuniti dan Pentadbiran, PJIM, Yusmin Jaffar turut berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang teknologi fertigasi serta keusahawanan.

Program itu adalah kolaborasi bersama antara UMPSA dengan Universiti Islam Mulia, Yogyakarta.

Seramai  50 orang peserta dari persatuan wanita, petani bawang merah dan pesawah di Kampung Demangrejo serta pelajar dan staf Universiti Islam Malaysia, Yogyakarta menyertai program tersebut.

https://news.umpsa.edu.my/community/umpsa-laksana-khidmat-komuniti-bersama-masyarakat-demangrejo-indonesia

Walaupun wujud perbezaan bahasa antara Malaysia dan Indonesia, perkongsian itu berjaya menarik minat para peserta yang sedikit sebanyak mendapat suntikan semangat untuk mempelajari ilmu keusahawanan.  

Dalam masa yang sama, program gotong-royong membersihkan masjid dan literasi digital turut dijalankan. 

Aktiviti yang dijalankan merangkumi pembersihan ruang solat, menyusun atur bahan bacaan, membasuh telekung, mengemas ruang penyimpanan telekung dan juga sejadah. 

Penganjuran program ini mampu memberikan impak positif yang berkekalan kepada masyarakat Kampung Demangrejo, bukan sahaja dari segi ekonomi dan kebersihan, tetapi juga dalam memperkasakan komuniti itu sendiri dalam usaha membasmi miskin tegar.

Disediakan Oleh: Nurul Farhanah Mohamad Idres, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat dan Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Admin UMP News