Skip to main content

4 graduan anak-anak staf UMPSA terima diploma dan ijazah

GAMBANG 21 Oktober 2023 – Macam tak percaya dapat hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 hari ini apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan keretanya total lost pada 3 September yang lalu. 

Itulah luahan Amer Daniel Abd Rahman yang merupakan graduan Diploma Sains Komputer, Fakulti Komputeran.

Beliau yang kini bertugas sebagai Pembantu Teknologi Maklumat di sebuah syarikat di Shah Alam berkata, bagaikan diberi kesempatan kedua untuk hidup apabila terselamat dalam satu insiden kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya di Lebuh Raya Guthrie. 

3 graduan anak-anak staf UMPSA terima diploma dan ijazah

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.00 pagi itu berlaku berpunca daripada kenderaan yang keluar simpang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan sebuah kereta lain hilang kawalan dan melanggar keretanya.

“Akibat kemalangan tersebut, keretanya berpusing dan terbalik beberapa kali serta  mengalami kerosakan teruk di semua bahagian.

“Namun, saya amat bersyukur apabila hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka, kaki dan juga tangan, 

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat membawa kedua ibu bapa saya untuk menghadiri majlis konvokesyen UMPSA ini,” katanya yang merupakan anak kepada Pengurus Kanan, Institut Pengajian Siswazah (IPS), UMPSA. 

Pada Majlis Konvokesyen ini juga turut diraikan beberapa lagi anak staf antaranya seperti Muhammad Aziq Haikal Aluwi, graduan Diploma Sains Komputer yang merupakan anak kepada pasangan Penolong Jurutera, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Aluwi Mohd Sikah dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Digital, Hazarina Abdul Hamid.

3 graduan anak-anak staf UMPSA terima diploma dan ijazah

Manakala graduan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Adam Azim Mohamad Rozi yang merupakan anak kepada Pengurus Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Haryani Abdullah dan graduan Arleesya Najwa Arman yang merupakan anak kepada Allahyarham Arman A. Rahim.

4 graduan

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri, Hazreen Nursyafina Hazman pula merupakan anak kepada Eksekutif Kanan, JHEPA, Hazman Abdul.

3 graduan anak-anak staf UMPSA terima diploma dan ijazah

Naib Canselor UMPSA turut melahirkan ucapan tahniah kepada semua anak-anak staf UMPSA yang berjaya bergraduasi. 

Ujarnya, pencapaian ini adalah bukti komitmen dan usaha keras anda.

“Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini,” ujarnya. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat
 

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris