Skip to main content

Pasangan kembar seiras teruja terima ijazah bersama

GAMBANG, 24 Oktober 2023 – Pasangan kembar terima ijazah bersama-sama dan dalam bidang yang sama iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) menjadi detik manis buat mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 di Dewan Kompeks Sukan baru-baru ini. 

Pasangan kembar seiras Hong Zhuang Yuan, 25 dan kembarnya Hong Zhuang Shenini, 25   melahirkan rasa teruja kerana dapat meraikan hari yang cukup bermakna ini bersama pasangan kembar dan keluarga tersayang.

Lebih menariknya mereka dapat  menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang sama iaitu 3.92  dan  memperoleh  Anugerah Emas  Fakulti bagi  Hong Zhuang Yuan manakala Hong Zhuang Shenini pula  menerima Hadiah Kecemerlangan Program. 

Pasangan kembar seiras teruja terima ijazah bersama

Anak kepada pasangan Hong Sim Ling dan Seng Kar Ling itu berkata, sejak kecil mereka tidak pernah berenggang sehinggalah melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ketika melangkah ke menara gading.

Berkongsi pengalaman ketika di kampus, Yuan dan kembarnya sentiasa bersama sepanjang pengajian di UMPSA tambahan pula mereka sebilik jadi banyak perkara dapat dilakukan bersama.

Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk kami.  

Pasangan kembar seiras teruja terima ijazah bersama

Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah UMPSA dan rakan-rakan seperjuangan.

Tambahnya, kini mereka berdua sedang berkhidmat sebagai Jurutera Pembangunan Elektronik di Bosch Sdn. Bhd. 

“Tak sangka juga kami dapat bekerja di bawah syarikat yang sama. 

“Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh.

“Kini, tibalah masanya untuk kami membalas jasa kedua ibu bapa yang telah bersara,” katanya sambil mengukirkan senyuman. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohd Idris, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris