Skip to main content

Confucius Institut UMPSA anjur Persidangan Antarabangsa

PEKAN,  2 November 2023 – Hampir 50 pensyarah dan pendidik seluruh negara telah menyertai Persidangan 2023 Malaysia Confucius Institute Conference and International Chinese Teachers Sharing Forum anjuran Universiti Malaysia Pahang  Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertempat  di Dewan Bankuet UMPSA Pekan. 

Persidangan ini merupakan platform para ilmuan berkongsi kepakaran antara pendidik dalam berkongsi pengalaman dan pendidikan bahasa Mandarin. 

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Presiden Yayasan Pendidikan Antarabangsa Cina (CIEF), China, Profesor Dr Yang Wei, Naib Presiden Yayasan Pendidikan Antarabangsa Cina (CIEF), China, Zhao Lingshan, Kaunselor Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Zhao Changtao,  Pengarah Malaysia Confucius Institut UMPSA, Yong Ying Mei, Pengarah China Confucius Institut UMPSA, Profesor Madya Dr. Wang Haiyan dan staf CI UMPSA.

Confucius Institut UMPSA anjur Persidangan Antarabangsa

Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad semasa menyampai ucapan di Majlis Perasmian Penutupan Persidangan mengucapkan terima kasih khas kepada Yayasan Pendidikan Antarabangsa China (CIEF) dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia  atas sokongan mereka terhadap Institut Confucius di Malaysia.

“Kini di Malaysia terdapat  tujuh Institut Confucius, sebuah bilik darjah Confucius, 14 pengarah Institut Confucius dan 23 guru Cina antarabangsa menyertai program ini yang menyediakan platform untuk pembelajaran bersama, inovasi, dan pembinaan konsensus. 

“Hubungan diplomatik antara Malaysia dan China telah berkembang secara komprehensif dan mendalam dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan budaya. 

“Ia bukan sahaja meningkatkan pembangunan kedua-dua negara malah, memberi manfaat  kepada rakyat  kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada pembangunan serantau,” ujarnya. 

Tambahnya, kewujudan Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan, Pahang dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan pertukaran budaya di Pahang. 

“Peranan Confucius Institut UMPSA yang ditubuhkan sejak 2018 banyak memberi manfaat dalam mengintegrasikan Malaysia dan China untuk meningkatkan persefahaman serta persahabatan antara Malaysia dan China menerusi menyediakan latihan pengajaran bahasa Mandarin dan pertukaran budaya terutama pekerja tempatan. 

“Selain itu juga, CI UMPSA turut menyediakan pengajaran Bahasa Cina dan latihan kemahiran vokasional  dalam TVET yang merupakan satu langkah untuk pendidikan vokasional Malaysia.

“Di samping itu juga, CI UMPSA dapat merealisasikan impian mereka, sama ada dalam aktiviti pertukaran budaya, peperiksaan, penyediaan biasiswa, delegasi ke China dan lain-lain lagi,” katanya. 

Confucius Institut UMPSA anjur Persidangan Antarabangsa

Beliau mengharapkan kerjasama ini dapat dipertingkatkan demi pendidikan antara Malaysia dan China.

Manakala Kaunselor Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia,  Zhao Changtao pula mengucapkan tahniah kepada UMPSA dan semua peserta yang menjayakan persidangan ini.

“Persidangan ini merupakan momentum untuk memperkukuhkan hubungan China dan Malaysia.

“Semoga ia dapat diteruskan di saat kedua-dua negara meraikan ulang tahun kesepuluh perkongsian strategik komperensif. 

“Saya dapat lihat impak yang luas kepada kedua-dua negara yang bukan sahaja memberi perkhidmatan  kepada pembangunan ekonomi tempatan, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada pertukaran dan   kerjasama dalam pelbagai bidang seperti  pendidikan, budaya, sains dan teknologi,  dan mendalami persahabatan  antara China dan Malaysia,” katanya. 

Beliau turut mengharapkan agar Confucius Institut di negara ini akan terus berkembang dengan jayanya dan menjadi peranan penting kepada rakyat malaysia agar dapat menguasai bahasa dan budaya. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris