Skip to main content
Kaloborasi UMP dan CIDB dalam ekosistem Model Informasi Bangunan (BIM)

Kaloborasi UMP dan CIDB dalam ekosistem Model Informasi Bangunan (BIM)

Kaloborasi UMP dan CIDB dalam ekosistem Model Informasi Bangunan (BIM) 

Kuantan, 12 September-  Kolaborasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia dalam  mewujudkan ekosistem Model Informasi Bangunan (BIM) bagi transformasi nasional   dilihat berjaya menerusi projek berimpak tinggi bagi transformasi industri pembinaan Malaysia bernilai RM 1.45 billion yang mana pelbagai manfaat telah diperolehi oleh industri seperti mewujudkan ekosistem BIM. Ianya turut melibatkan penggubalan dasar dan polisi, pemindahan teknologi & pengetahuan, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan Sistem Industri Bangunan (IBS).

BIM merupakan teknologi pemodelan dan set proses yang berkaitan untuk menghasilkan, berkomunikasi, menganalisis dan menggunakan model maklumat digital sepanjang kitaran hayat projek pembinaan. Proses berasaskan model BIM memberikan maklumat untuk arkitek, kejuruteraan, dan profesional pembinaan merancang, mereka bentuk, membina dan mengurus bangunan dan infrastruktur dengan cekap.

Ianya merupakan teknologi pemodelan dan set proses yang berkaitan untuk menghasilkan, berkomunikasi, menganalisis dan menggunakan model maklumat digital sepanjang kitaran hayat projek pembinaan. Proses berasaskan model BIM memberikan maklumat untuk arkitek, kejuruteraan, dan profesional pembinaan merancang, mereka bentuk, membina dan mengurus bangunan dan infrastruktur dengan cekap.

Bagi Pengarah Pusat Kemerlangan Industri Kluster Pembinaan UMP, Prof. Madya Dr. Mohd Yuhyi Mohd Tadza, sebagai rakan kerjasama pihak CIDB turut membantu universiti  dalam memberikan sumbangan kewangan dari segi projek, pembangunan modul, pelaksanaan program, lawatan rasmi ke luar negara, kolaborasi antarabangsa dan juga latihan pensijilan profesional bernilai hampir RM 5 Juta bermula dari tahun 2016-2018.

“UMP juga melalui inisiatif ini telah mentransformasikan industri dari kaedah konvensional kepada pembinaan secara digital (digital construction) ke arah menyokong kepada revolusi perindustri IR4.0 seperti yang dirangka dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP),” katanya.

Sebagai menghargai rakan kerjasama ini, UMP memberikan pengiktirafan apabila CIDB dinobatkan menerima Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat (Kategori Rakan Industri Terbaik) pada Majlis Hari Kualiti & Inovasi UMP 2019 baru-baru ini. 

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Scomi Transit Projects Sdn Bhd merangkap CEO@ Fakulti UMP, Rohaida Ali Badaruddin kepada Pengarah CIDB Negeri  Pahang, Saini Saidi yang mewakili Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid bertempat di Dewan  Astaka, UMP Gambang. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato' Sri Ibrahim Ahmad dan Naib Canselor UMP, Prof.Ir.Dr.Wan Azhar Wan Yusoff.

Disediakan Nor Salwana Mohamad Idris daripada Bahagian Komunikasi Korporat

  

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri