Skip to main content

Institut Confucius UMP diiktiraf antarabangsa tawar pembelajaran bahasa Mandarin untuk manfaat komuniti

BEIJING, CHINA, 21 Julai 2023 - Penganjuran Joint Conference of Southeast Asian Confucius Institutes 2023 berjaya menghimpunkan seramai 300 orang wakil Institut Confucius daripada sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang berlangsung di Beijing, China. 

President of Chinese International Education Foundation China, Profesor Yang Wei dalam ucapan perasmiannya berkata, pihaknya mengharapkan agar CI di Asia Tenggara dapat memperkukuh pembangunan yang melibatkan CI dengan pembangunan universiti serta komuniti melalui kerjasama antara CI di samping mempromosikan TVET Mandarin selaras dengan trend pembangunan global CI.

Institut Confucius UMP diiktiraf antarabangsa tawar pembelajaran bahasa Mandarin untuk manfaat komuniti

Manakala menurut Timbalan Ketua Pengarah, Center for Language Education and Cooperation, Kementerian Pendidikan China, HuZhiping dalam ucapannya turut  mengatakan bahawa sumber guru bahasa Mandarin, bahan pengajaran bahasa Mandarin, biasiswa China dan lain-lain akan terus disalurkan bagi memberikan sokongan kepada Pendidikan Bahasa Mandarin antarabangsa di CI Asia Tenggara demi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara China dengan negara-negara Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman juga berpeluang berkongsi kemajuan dan pencapaian aktiviti CI UMP di Malaysia dengan tajuk pembentangan ‘Developing & Achievements of ‘Mandarin + Railway’ & ‘Mandarin + Metallurgy’ Courses in Confucius Institute Universiti Malaysia Pahang’. 

Institut Confucius UMP (CI UMP) ditubuhkan pada tahun 2018 hasil kerjasama dengan Universiti Hebei (HBU) di China. 

Pada masa ini, CI UMP proaktif dalam menyediakan kursus dan keperluan latihan bahasa Mandarin kepada pelajar, masyarakat dan industri terutamanya di Pantai Timur. 

Menurut Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad, peranan CI UMP semenjak ia ditubuhkan telah banyak membantu kepada kejayaan bahasa Mandarin kepada pelajar-pelajar di UMP. 

Institut Confucius UMP diiktiraf antarabangsa tawar pembelajaran bahasa Mandarin untuk manfaat komuniti

“Selain itu juga, melalui kerjasama bersama Hebei Universiti, UMP telah berjaya menawarkan program ijazah dual bersama Beijing Jiaotong University (BJTU) dan Tianjin University (TJU).
 
“Seramai 45 orang pelajar kohort pertama yang mengambil jurusan railway engineering di BJTU telah berlepas ke China pada Februari 2023 yang lalu. 

“Selain itu juga, CI UMP telah memberi latihan kepada pelatih East Coast Rail Link (ECRL) di China Construction Communication Company (CCCC) dan Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. (ASSB) di Kuantan,” katanya. 

Manakala sebanyak 14 kelas Railway Mandarin telah ditawarkan kepada 380 orang pelatih ECRL yang mengikuti latihan di UMP sejak tahun 2018. 

Sejak tahun 2022, CI UMP telah menawarkan 18 kelas kursus Metallurgy Mandarin untuk 541 pekerja-pekerja ASSB  Malaysia melibatkan  Coking Plant, Iron Making Plant, Steel Rolling Plant dan Steel Making Plant.
 
Di peringkat komuniti, CI UMP turut bekerjasama dengan Yayasan Terengganu bagi mewujudkan Institut Pembelajaran Bahasa Mandarin di Yayasan Terengganu dan  seramai 168 orang pelajar sekolah menengah akan dilatih untuk mahir di dalam bahasa Mandarin bagi persediaan untuk mengikuti program ijazah dual UMP-China yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Terengganu.

Turut berlangsung  sesi forum yang melibatkan Kaunselor Pendidikan Kedutaan Malaysia di China, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif dengan tajuk pembantangan ‘Initiave on Strengthening Cooperation of Language and Education between China and ASEAN’.
 
Program dua hari itu turut mengadakan sesi perkongsian yang bertemakan ‘pembangunan kerjasama CI bersama China, tempatan, sosial serta pembangunan dan pelaksanaan kursus TVET Mandarin’.

Perkongsian itu telah dibentangkan oleh Pengarah (Malaysia) Institut Confucius UMP, Yong Ying Mei dan Pengarah (China) Institut Confucius UMP, Profesor Madya Dr. Wang Haiyan yang turut hadir ke persidangan tersebut. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit