Skip to main content

Elisha idam fast track PhD jadi pembakar semangat buru Anugerah Dekan setiap semester 

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) melalui saluran pantas (fast track) akhirnya tercapai apabila berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).  

Kemanisan kejayaan ini dikecapi oleh Elisha Claret a/p Wilson Dass, 23, setelah  usaha keras beliau untuk memastikan menerima Anugerah Dekan pada setiap semester sejak mula mendaftarkan di UMPSA pada tahun 2019.  

Minat mendalam bidang Automotif dorong Anas Syazwi raih Verein Deutscher Ingenieure Award (Association of German Engineers)

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - “Sejak kecil, saya amat meminati jentera kenderaan berat namun, minat itu beralih kepada kereta ketika berusia 14 tahun.  

“Saya begitu teruja dengan reka bentuk luaran dan dalaman serta komponen prestasi kenderaan.  

“Atas sebab itu juga, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),” kata  Muhammad Anas Syazwi, 24.  

Subscribe to umpsakonvo18