Harian Metro
Hidup tiada jalan mudah
Sinar Harian
Bacaan surah al-Jumu'ah bergema di padang MBK1
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM10 juta dermasiswa menerusi ‘My Brighter Future’ yang melibatkan tajaan untuk 1,000 siswazah melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, dermasiswa itu diberikan kepada siswazah daripada keluarga kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).