Skip to main content

Singgah Sahur UMP: Appreciating the local community

Kuantan, 2 June – For the fifth year in a row, Universiti Malaysia Pahang (UMP) organized a programme called ‘Singgah Sahur’ where they distribute meals for sahur during the month of Ramadhan to the security personnel, government agencies, orphanage and the local community around Kuantan. 

KP House Pusat Transformasi Sosial Kuala Pahang

Kedudukan geografi kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Mukim Kuala Pahang bukan sahaja merupakan satu mercu tanda istimewa yang melambangkan komitmen tinggi kerajaan untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan di daerah Pekan dan negeri Pahang, tetapi juga menuntut penglibatan proaktif dan sumbangan konstruktif warga kerja dan mahasiswa Universiti ini untuk mentransformasi landskap sosioekonomi, pemikiran dan sikap masyarakat setempat di setiap lapisan masyarakat.

 

Tanaman fertigasi Projek Facelift D’ Kuala tingkat ekonomi keluarga

Pekan - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengerakkan kerja-kerja kemasyarakatan dalam kalangan warganya melalui pelaksanaan Projek Facelift D’ Kuala yang merupakan usaha universiti mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang menjadi sebuah perkampungan nelayan yang berteknologi tinggi. Dalam usaha menaik taraf kampung ini kerja-kerja mengecat rumah penduduk, pembersihan, pengindahan, baik pulih rumah dan pemasangan solar bakal memberikan keselesaan kepada penduduk.

Mahasiswa dan AADK turun padang dekati pelajar sekolah

Paloh Hinai, - Seramai 300 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Shahbandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai menyertai program Mahasiswa@School anjuran Kelab PEMADAM Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Agensi  Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Program Mahasiswa @ School adalah program yang berkonsepkan motivasi dalam pembangunan sahsiah diri serta memfokuskan para pelajar sekolah menengah sebagai golongan sasaran.

Pelajar SK Tasik Chini terima manfaat empower ECER-MyKasih

Tasik Chini - Seramai 118 pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tasik Cini menerima manfaat dalam program empower ECER-MyKasih hasil kerjasama Majlis Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Yayasan MyKasih dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam meningkatkan prestasi akademik melalui penyediaan kelas tuisyen motivasi secara percuma dan kemudahan yang menyokong persekitaran pembelajaran.

Subscribe to Community