Skip to main content

14 pelajar UMPSA sertai Program Pengenalan Kimpalan Bawah Air

BANGI, 21 Ogos 2023 – Seramai 14 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Program Pengenalan Kepada Kimpalan Bawah Air di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) itu merupakan sebuah program di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi – Pensijilan Profesional (KPT-PACE). 

Program empat hari itu diadakan  bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada graduan selain merangsang minat mereka terhadap kimpalan bawah air serta memberi pendedahan potensi karier di dalam bidang ini. 

Seiring dengan namanya, kerjaya ini memerlukan kedua-dua kemahiran iaitu sebagai jurukimpal dan penyelam profesional. 

Dalam konteks ini, fokus utama adalah bagaimana program Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) boleh menyumbang dalam membentuk tenaga kerja yang berkualiti dan berpengetahuan di bidang kimpalan bawah air, yang merupakan aspek penting dalam pengembangan dan pemeliharaan infrastruktur laut. 

TVET adalah program pendidikan yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal dan vokasional yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan. 

14 pelajar UMPSA sertai Program Pengenalan Kimpalan Bawah Air

Dalam konteks masa depan laut pula, program TVET dapat membantu menyemai minat dalam kimpalan bawah air melalui eksperimen dan praktikal yang membolehkan graduan melihat sendiri keupayaan produk dan teknologi secara lebih dekat. 

Graduan juga mampu mempelajari prinsip-prinsip kimpalan bawah air termasuk kaedah, peralatan, teknologi terkini yang digunakan, jenis-jenis bahan yang dapat dikimpal dan pemahaman tentang teknologi yang digunakan dalam kimpalan bawah air. 

14 pelajar UMPSA sertai Program Pengenalan Kimpalan Bawah Air

Selain itu, melalui program ini juga, graduan yang berdaya saing dapat dihasilkan melalui tenaga kerja yang berkualiti, berpengetahuan dan terlatih. 

Dalam masa yang sama, program ini juga turut mendorong siswa untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

Dengan adanya kemahiran seperti ini, graduan dapat memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam industri marin dan sekali gus dapat membantu memajukan masa depan laut. 

Di samping itu juga, program ini  dapat membantu menyemai minat dalam kimpalan bawah air dan membekalkan graduan dengan kemahiran teknikal dan vokasional yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Disediakan oleh: Ts. Dr. Siti Rabiatull Aisha Idris, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses

Reports by:
Admin UMP News