Skip to main content

Peluang tambah kemahiran dalam bidang pembangunan rel

KUANTAN, 6 April 2021 - Pemilihan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai pusat latihan Tester Training Module dalam Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI ECRL) memberi peluang buat UMP menyumbang terhadap pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merupakan projek berprofil tinggi.

Dr. Hari Narayanan dinobatkan Anugerah Tokoh Industri 2018

Pekan, 26 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganugerahkan Tokoh Industri 2018 kepada Pengarah Urusan Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd, Dr. Hari Narayanan atas sumbangan dan komitmen berterusan terhadap universiti terutamanya dalam menjayakan program CEO@Faculty yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan tokoh-tokoh korporat yang berwibawa daripada syarikat berkaitan kerajaan, industri-industri terkemuka dan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam.
 

UMP, BPC Mengukuhkan Kerjasama

Universiti Malaysia Pahang telah menerima kunjungan rasmi daripada BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd. (BPC). BPC mengadakan lawatan tersebut bagi membalas pelawaan yang diterima oleh Kumpulan Inisiatif Jerman dibawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, UMP.

Perintis pertama PLKI –ECRL tamat latihan, tingkat pekerja industri rel Malaysia

Seramai 136 pelatih yang merupakan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah menjalani latihan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI- ECRL) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Kelantan dan  Akademi Binaan Malaysia (ABM) dirai dalam Majlis Ramah Mesra Pelatih PLKI- ECRL anjuran Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) yang berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan.

Subscribe to Industry