KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program singgah sahur untuk tahun kelima dengan mengagihkan juadah bersahur kepada anggota keselamatan, agensi kerajaan, penghuni rumah anak yatim dan masyarakat sekitar daerah ini, kelmarin.
Program kali ini disertai 60 sukarelawan daripada Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Respec) dan Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Persatuan Alumni UMP.