Skip to main content

Pelajar FTKEE manfaatkan kepakaran dengan tanggungjawab sosial

KUANTAN, 13 Januari 2024 - Seramai 11 pelajar Fakulti Teknolgi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memanfaatkan ilmu dengan mengaplikasikan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan elektrik di Masjid Al- Hidayah Paya Besar Kuantan baru-baru ini. 

Mereka terdiri daripada pelajar Kursus Building Electrical System Maintenance (BVE2315), FTKEE. 

Menurut penasihat program, Ir. Dr. Bakri Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan FTKEE, khidmat penyelenggaraan elektrik di masjid itu  dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komponen kemahiran (psycho-motor) dalam kursus BVE2315.

“Program ini merupakan susulan daripada pelawaan daripada pihak Masjid Al-Hidayah Paya Besar untuk membantu menyelenggara peralatan elektrik yang rosak atau menukar peralatan yang tidak berfungsi dengan baik,” katanya. 

Pelajar FTKEE manfaatkan kepakaran dengan tanggungjawab sosial

Program itu juga memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pendedahan luar seperti khidmat bersama komuniti setempat sebagai tambahan kepada kurikulum sedia ada. 

Menurut pelajar Lydia Zeti Anak Billy, pendedahan secara hands on sebegini memberikan gambaran dan situasi sebenar dalam penyelegaraan komponen elektrik berskala besar.

Pelajar FTKEE manfaatkan kepakaran dengan tanggungjawab sosial

Sementara itu, Dekan FTKEE, Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal menyifatkan pelaksanaan program ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman mereka secara teori dan memantapkan kemahiran teknikal pelajar di samping bersosialisasi dengan masyarakat setempat seiring merealisasikan hasrat universiti yang mengangkat tema ‘Teknologi untuk Masyarakat’. 

Turut sama hadir Penasihat Teknikal, Mohd Salmizan Moh Zain dan Mohd Maliki Md Saad. 

Disediakan Oleh: Nor Fadzillah Zulkipli, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri