Harian Metro
Hidup tiada jalan mudah
New Straits Times
Pahang Crown Prince: Spend wisely, celebrate Aidilfitri moderately
KUANTAN, 27 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) dan ATOZ Solution Sdn Bhd dalam usaha meningkatkan kemahiran kakitangan mereka dalam bahasa Mandarin.
Kerjasama itu sekali gus bakal memanfaatkan mahasiswa universiti berkenaan dari segi peluang penempatan latihan industri dan peluang kerjaya di dua buah syarikat berkenaan.
Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata UMP sebagai sebuah universiti teknologi yang terunggul sentiasa berusaha meningkatkan jalinan kerjasama antara universiti dengan pihak industri.