Skip to main content

Warga UMP Kibar Jalur Gemilang Semarakkan Bulan Kemerdekaan

Pekan, 20 Ogos – Semangat patriotik dan cintakan tanah air yang mendalam membangkitkan motivasi buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menghiasi pejabat dengan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang tinggal beberapa hari lagi. Sepanjang bulan Ogos ini menyaksikan kibaran Jalur Gemilang menghiasi bangunan dan pejabat sebagai tanda ingatan dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Galak Mahasiswa Ceburi Bidang Keusahawanan

Pekan, 17 Julai - Mahasiswa yang masih lagi melanjutkan pengajian digalakkan menceburi bidang keusahawanan bagi melengkapkan diri dengan nilai tambah yang lain. Kerjaya itu dianggap sebagai satu bidang yang patut diceburi oleh mahasiswa walaupun tidak mempunyai kepakaran yang menyeluruh dalam usaha mengelakkan pengangguran.

Mahasiswa Sumbang Bakti Kesukarelawanan Khidmat Negara

Minat menceburi badan beruniform memberi peluang Leftenan Muda Mohammad Asyraaf Ilias,23 mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) yang sedang mengikuti pengajian jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) menimba pengalaman menyertai Program Gap Year Kesukarelawanan Khidmat Negara bersama pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia selama setahun.

Kee Keing Lee cabar diri hasilkan yang terbaik

Kuantan, 10 Julai – Mahasiswa perlu lebih berani dan menonjolkan potensi dan kebolehan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi. Bagi Kee Keing Lee, 24, yang  merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) berpandangan penglibatannya dalam mengendalikan program banyak membantunya dalam membentuk keperibadian diri agar lebih yakin, berani dan menguasai bakat kepimpinan serta keusahawanan yang menjadikan mahasiswa lebih berdaya saing.

Subscribe to Campus Life