Skip to main content

Pelajar SK Tasik Chini terima manfaat empower ECER-MyKasih

Tasik Chini - Seramai 118 pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tasik Cini menerima manfaat dalam program empower ECER-MyKasih hasil kerjasama Majlis Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Yayasan MyKasih dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam meningkatkan prestasi akademik melalui penyediaan kelas tuisyen motivasi secara percuma dan kemudahan yang menyokong persekitaran pembelajaran.

Amalan Gaya Hidup `Hijau’ untuk kelestarian alam

Kira-kira 2000 hadir dalam sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030) di Kompleks Sukan UMP Gambang,Kuantan semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Dato' Seri Zaini Ujang, membentangkan mengenai Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof.Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin sebagai selaku moderator.

UMP Santuni Masyarakat Temerloh

Temerloh - Seramai 100 orang sukarelawan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) terdiri daripada pelajar dan staf menyertai Program Sukarelawan 1Malaysia Negaraku. Program anjuran 1Malaysia for Youth (IM4U) ini adalah salah satu inisiatif dari Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

89 Pelajar Sekolah Berkumpul dalam Perkampungan Menara Gading

Seramai 89 pelajar Tingkatan 6 Atas dan 5 dari 19 buah sekolah menengah sekitar daerah Pekan dan Kuantan merasai pengalaman menjadi mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama tiga hari dalam Projek Semaian Subur di UMP Kampus Gambang yang berakhir hari ini.

Projek yang berkonsepkan ‘Perkampungan Menara Gading’ ini dianjurkan oleh Kelab InSmartive dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa serta Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Kuantan sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Pahang 2018 baru-baru ini.

Rumah Ngaji @UMP dilancar

Kuantan 2 Mac -  Rumah Ngaji@Universiti Malaysia Pahang  (UMP)  dilancarkan hari ini bagi  menawarkan kelas pengajian Al-Quran secara percuma kepada warga UMP dan masyarakat setempat.  Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Datuk Dr. Hussamuddin Yaakub yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyudin Ismail.

Sukarelawan UMP gotong-royong bantu pasca banjir

 Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama sukarelawan daripada Universiti Awam lain berganding bahu bersama-sama membantu dalam aktiviti gotong-royong di Sekolah Kebangsaan (SK) Acheh baru-baru ini. SK Acheh yang mempunyai seramai 67 orang pelajar sebelum ini telah dilanda banjir menyebabkan aras bawah bangunan dua tingkat itu ditenggelami air.  Misi banjir diselaras oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) ini membantu meringankan beban warga sekolah terutama guru-guru bagi memulakan sesi persekolahan yang tertangguh berikutan bencana tersebut.

Subscribe to Community