Skip to main content

35 graduan program Competency Based Talent Management (CBTM) dirai dalam program anjuran UMP Advanced

KUANTAN, 7 November 2022 - Seramai 35 graduan Program Competency Based Talent Management (CBTM) dirai dalam program anjuran UMP Advanced di Hotel AC Marriot.

Majlis itu dihadiri Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Dato’ Mohd Sharil Abdullah. 

Turut sama hadir Timbalan Pengarah Pusat Pemprofilan Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Profesor Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah dan Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang juga merupakan Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa) dan Ketua Pegawai Eksekutif, UMP Advanced, Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah Ahmad. 

CBTM atau pengurusan bakat berdasarkan kompetensi merupakan satu langkah untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi yang bergantung penuh kepada kemahiran (skill acquisition) dan aplikasi kemahiran sumber manusia. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, program CBTM antara UMP dan AKEPT ini disertai oleh semua wakil daripada universiti-universiti awam yang terdapat di Malaysia. 

“Kepentingan sesebuah Unit Pengurusan Bakat di universiti adalah sangat penting dalam mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk mengetuai operasi di universiti masing-masing.

“Program CBTM ini dapat memastikan pemimpin dan bakal pemimpin institusi pendidikan tinggi negara dibentuk melalui latihan pembangunan, pendayaupayaan serta pemerkasaan kepemimpinan yang berstruktur dan dinamik di samping penekanan terhadap mutu, kualiti dan keberkesanan program,” katanya. 

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan CBTM 3.0 ini.  

Manakala Program CBTM bagi kohot keempat sedang berjalan dan telah selesai sehingga Modul Keempat.
 
Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie  juga  mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AKEPT atas kepercayaan yang telah diberikan kepada UMP dan UMP Advanced dalam mengetuai program CBTM ini. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit