Skip to main content

Pasukan Permata Muncul Juara Debat Naib Canselor UMP

Kuantan, 30 September- Persatuan Anak-Anak Terengganu (PERMATA) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Naib Canselor Kali Ke-10 yang berlangsung di dewan Astaka UMP. Pasukan dianggotai  tiga orang pendebat iaitu Mohamad Hanif Fitri Nordin (PB16084), Izni Syafiqah Mohd Radzi (CB16074) dan Syukri Aiman Abdul Rahman (PD16084).

Naib johan pertandingan dimenangi oleh pasukan dari Chemical Engineering Student Society (CHEST) yang diwakili oleh Mohamad Asraf Ismail (KA16146), Ezwan Shah Mohd Nordin (KA15258) dan Khairull Nasruddin Mansor (KA16010). Kedua-dua pasukan ini membahaskan usul yang bertajuk “Dewan Ini Percaya Malaysia Perlu Bersifat Neutral Dalam Isu-isu Global”. 

Johan pertandingan ini membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai RM500 manakala naib johan membawa pulang piala iringan, sijil penghargaan serta wang tunai RM250. 

Menurut Khairull Nasruddin yang turut dipilih sebagai pendebat terbaik di pertandingan akhir tersebut berasa sangat teruja menyertai pertandingan ini kerana mendapat pengalaman baharu buat pertama kalinya menyertai pertandingan debat. Pertandingan seperti ini sangat baik kerana dapat mengasah minda mahasiswa berfikir secara pantas dan cerdas selain berkeupayaan bercakap di khalayak ramai.  

“Pentas debat juga merupakan platform kepada mahasiswa melontarkan idea, menggalakkan pemikiran secara meluas peserta berhubung topik dan meningkatkan kemahiran komunikasi,” katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM100.00 dan sijil penghargaan.

Lebih 1,000 mahasiswa hadir menyaksikan pertandingan akhir yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Pendaftar DRB Hicom University of Automotive selaku ketua juri, Nazru Hj Ismail, Dekan Pembangunan Pelajar JHEPA, Dr. Muhamad Mat Noor dan Pengurus Besar JHEPA, Abd Rahman Hj Safie. Program dianjurkan oleh Kelab Orator UMP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Chemical Engineering Student Society (CHEST).

Disediakan Mohd. Ferdaus Muda dari Bahagian Komunikasi Korporat