Kuantan, 3 Oktober – Prihatin dengan masaalah mahasiswa yang kurang berkemampuan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Projek Gerobok Rezeki #BPACare sempena Hari Terbuka Bahagian Pengurusan Akademik 2018 (HTBPA) di UMP kampus Gambang.
Kuantan, 7 Oktober- Seramai 344 pelatih dari Kuantan dan Pekan menerima Sijil Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat setelah berjaya menamatkan latihan Program Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER yang dijalankan Universiti Mlaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama bersama pihak ECERDC bagi merealisasikan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Kuantan, 30 September- Persatuan Anak-Anak Terengganu (PERMATA) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Naib Canselor Kali Ke-10 yang berlangsung di dewan Astaka UMP. Pasukan dianggotai tiga orang pendebat iaitu Mohamad Hanif Fitri Nordin (PB16084), Izni Syafiqah Mohd Radzi (CB16074) dan Syukri Aiman Abdul Rahman (PD16084).
Pekan, 5 Oktober – Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) menganjurkan program Menyemai Ilmu Cinta Sains dan Teknologi yang diadakan di Bilik Kuliah, PBMSK baru-baru ini.
Pekan, 28 September- Kedua-dua kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) sama ada di Pekan ataupun di Gambang sentiasa terbuka untuk sebarang inisiatif jalinan kerjasama dengan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak terutamanya untuk pembangunan akademik, pembangunan kepimpinan dan pengembangan inovasi pelajar.