Skip to main content

130 Pasukan Berentap Rebut Juara Robotik NRC

Pekan, 20 Julai – Sebanyak 130 pasukan membabitkan 52 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini mengambil bahagian dalam pertandingan National Robotic Competition (NRC) Peringkat Negeri Pahang 2018 di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sasbadi Holding Berhad dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM).

UMP terima sumbangan 1.4 juta untuk Tabung Endowmen MyGift

Pekan,  18 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sebanyak RM1,401,174 menerusi hasil sumbangan zakat dan wakaf daripada badan korporat iaitu sebanyak  RM546,420. Manakala sebanyak RM854,754 berjaya dikumpulkan  atas inisiatif pelbagai jabatan di universiti ini bersempena Majlis Apresiasi MyGift yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP Pekan hari ini.

UMP Rai Bakal Jemaah Haji

Kuantan,  13 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan 14 staf UMP yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Program berlangsung  di Dewan Bankuet,UMP Gambang baru-baru ini.

UMP tumpu keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk kesejahteraan kampus

Kuantan, 13 Julai – Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jawatankuasa Kecil JKPP , penyelaras, ketua pusat tanggungjawab dan pihak Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) dalam Majlis Apresiasi yang rlangsung di Bukit Gambang Resort Kuantan baru-baru ini dalam  memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mencapai piawaian yang ditetapkan.

Raikan Syawal Riang Ria Matahari Erat Hubungan

Kuantan  11 Julai – Sekalipun Syawal sudah berada di penghujung, sambutan Hari Raya Persatuan Wanita UMP (Matahari) Universiti Malaysia Pahang (UMP) tetap meriah apabila dihadiri lebih 200 tetamu dalam majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Canseleri UMP Pekan semalam.

Persidangan Antarabangsa ICoLLT Tumpu Bidang Pembelajaran Bahasa Global

Pekan, 6 Julai  -  Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) menganjurkan   2nd International Conference of Language Learning and Teaching (ICoLLT 2018) baru-baru ini yang memfokuskan kajian pembangunan dan inovasi pendidikan bahasa secara global dengan tema inovasi dan cabaran global dalam pendidikan bahasa.

Subscribe to General