Skip to main content

Projek Fertigasi Timun ECERDC-UMP memperkasa sosioekonomi orang asli

LIPIS, 9 April 2023 – Projek Fertigasi Timun yang dijalankan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP Advanced bersama masyarakat orang asli Kampung Pantos capai matlamat dalam memperkasa sosioekonomi orang  asli  apabila berjaya mengeluarkan hasil yang memberangsangkan.

Hasil tinjauan telah diadakan semasa sesi lawatan ke tapak Projek Fertigasi Timun oleh pihak UMP Advanced dan ECERDC, Yayasan Petronas dan MyKasih.

The Ifiter program succeeded in fostering health awareness

PEKAN, March 17, 2023 - The I Fit and Eat Right (IFITER) program organized by the UMP Health Centre has succeeded in raising awareness among citizens concerned on health through healthy lifestyle practices and balanced nutrition.

In this program, Administrative Executive Assistant, Faculty of Chemical and Process Engineering Technology (FTKKP), Norfarahani A. Bakar was crowned as the champion when she managed to lose 10 kilograms out of 102.5 kilograms.

She won a cash prize of RM1,000.

UMP kekal tradisi makan dalam talam erat ukhuwah

KUANTAN, 8 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengekalkan tradisinya di bulan Ramadan dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma menggunakan talam kepada warganya yang berbuka puasa di Masjid UMP Kampus Gambang dan Pekan sejak lebih sepuluh tahun lalu. 

Ia pasti menggamit nostalgia dan rindukan makan bertalam bagi mereka yang pernah menuntut di unversiti ini.

Singgah Sahur UMP santuni pelajar luar kampus dan agensi

KUANTAN, 8 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan rumah sewa pelajar luar kampus dan beberapa agensi kerajaan di sekitar bandar Kuantan baru-baru ini. 

Sebanyak sepuluh kenderaan bersama kira-kira 30 sukarelawan KILAU UMP berkonvoi ke destinasi terpilih untuk  mengagihkan 200 bungkus juadah untuk sahur, bermula jam 10.30  malam sehingga jam 1.30 pagi.

Kolaborasi UMP-Adabi edar 600 juadah sahur buat mahasiswa

KUANTAN, 6 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) meneruskan program Ramadan 2023 dengan mendekati  mahasiswa pada kali ini dalam Program Sahur Jangan Tak Sahur. 

Sukarelawan UMP Kilau bersama petugas daripada Adabi bergotong-royong menyediakan juadah bermula jam 3 petang dan aktiviti memasak  bermula jam 9.00 malam sebelum diagihkan kepada 600 pelajar mulai jam 11.00 malam di residen pelajar di UMP Kampus Gambang.

Dr. Ahmad Mahfuz dan Dr. Hasnah menjuarai Anugerah Penulisan Rencana Terbaik

PEKAN, 23 Mac 2023 - Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Ahmad Mahfuz Gazali muncul sebagai pemenang tempat pertama bagi Anugerah Penulisan Rencana Terbaik bagi kategori Kejuruteraan, Sains dan Teknologi manakala pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Dr. Hasnah Hussiin pula dinobatkan pemenang tempat pertama bagi kategori Kenegaraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Subscribe to General