Skip to main content

UMP, MBK meterai kerjasama dalam pembangunan inovasi dan kelestarian alam

KUANTAN, 5 Julai 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) meterai kerjasama dengan Majlis Bandaraya kuantan (MBK) dalam meningkatkan perkhidmatan dan melonjakkan produktiviti pembangunan bandar raya Kuantan serta pengkomersialan produk inovasi yang dapat memberi manfaat kedua-dua pihak.

UMP yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang juga bakal menyumbang kerjasama dalam meningkatkan pembangunan bandar raya Kuantan ke arah penghijauan dan kelestarian alam.

Majlis menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli hadir mewakili Naib Canselor UMP bagi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Razihan Adzharuddin dalam program yang berlangsung di Perkarangan Lobi Utama Kompleks MBK, Pahang.

UMP, MBK meterai kerjasama dalam pembangunan inovasi dan kelestarian alam

Menurut Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi, kerjasama ini juga akan melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam pembangunan modal insan, penyelidikan dan komuniti.

“UMP sedia membuka pintu untuk pelbagai kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada komuniti seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025 bertemakan ‘Teknologi untuk Masyarakat’.  

“Menerusi MoU yang dimeterai ini juga bakal meneroka kerjasama dalam memperluaskan program pembangunan produk inovasi, pengkomersialan dan aktiviti yang menyumbang ke arah mencapai pembangunan lestari dengan program yang berimpak.

UMP, MBK meterai kerjasama dalam pembangunan inovasi dan kelestarian alam

“Kerjasama yang dirintis ini merupakan platform pemadanan yang amat berkesan bagi melaksanakan inisiatif kolaborasi dengan agensi yang memberi pulangan manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Turut sama hadir Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan, Yusoff Husain dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Dr. Nurul Hazlina Noordin. 

Majlis turut disertai Pegawai-pegawai Kanan UMP, Pengarah Jabatan dan Ketua Seksyen MBK. 

Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Binti Zulkapri, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri