Skip to main content

UMPSA jalin kerjasama dengan Akumunikasi Sdn Bhd dalam pembangunan sistem komunikasi dan elektronik

GAMBANG, 24 April 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Akumunikasi Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat senggaraan dan perkhidmatan berkaitan bidang elektronik dan ICT.dengan memfokuskan sistem komunikasi dan elektronik.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak bakal menerima manfaat berkaitan kolaborasi penyelidikan, geran industri dan geran padanan, latihan industri untuk pelajar.

Lain-lain aktiviti bersama pelajar dalam menyelesaikan masalah industri dan komuniti melalui pameran dan pertandingan teknologi untuk masyarakat.

UMPSA jalin kerjasama dengan Akumunikasi Sdn Bhd dalam pembangunan sistem komunikasi dan elektronik

Majlis menyaksikan Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama Penasihat Akumunikasi Sdn Bhd, Briged Jeneral Fanashim Benson Bin Hisham (B). Turut sama Pengarah Urusan Akumunikasi Sdn Bhd, Mejar Ilham Fuad Bin Mohd Shaimy.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, permeteraian memorandum ini turut  bagi menjalin kerjasama pembangunan dua buah projek iaitu ‘Hand Crank Generator’ dan ‘Portable Power Station’.

UMPSA jalin kerjasama dengan Akumunikasi Sdn Bhd dalam pembangunan sistem komunikasi dan elektronik

Ujar beliau, kedua-dua buah projek yang dilaksanakan di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FTKEE) ini memudahkan pihak tentera menggunakan peralatan yang mudah dan senang digunakan ketika membuat operasi di kawasan yang tiada sumber kuasa elektrik.

Malahan, kerjasama yang akan terjalin ini bakal membuka peluang jalinan kerjasama dalam banyak perkara terutama yang melibatkan sistem komunikasi dan elektronik.  

“Saya percaya bahawa hubungan yang baik di antara universiti dan industri dapat  merapatkan jurang antara universiti dan industri, peluang pensyarah dan pelajar mempraktikkan kemahiran dalam bidang realiti, peluang mendapatkan kolaborasi geran industri, satu ruang bagi pelajar mendapat latihan industri,” ujarnya.

Selain itu, beliau berharap syarikat bersedia untuk menyediakan dana geran penyelidikan melalui beberapa projek yang dipersetujui, selain bersedia untuk menerima pelajar latihan industri daripada UMPSA.

Turut sama hadir Penasihat Undang-Undang UMPSA, Marlina Mamat dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal.

Disediakan oleh Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat.

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News