Skip to main content

Mohamad Mohsin perintis Syarikat Permula Siswa UMPSA

GAMBANG, 13 Mac 2024 - Pelajar tahun 4, Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Mohamad Mohsin Ismail menjadi perintis bagi Syarikat Permula Siswa dengan melibatkan diri dalam perniagaan berfokuskan teknologi maklumat. 

UMPSA: CIPTA, CINTA dan CITRA ke arah keunggulan peribadi

Sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sejak tahun 2019, adalah menjadi saat indah apabila tercipta sejarah memasuki sebuah universiti Gemilang dan Terunggul untuk berbakti kepada anak bangsa dan negara. UMPSA adalah tempat kerja pertamaku sebagai seorang pensyarah dan banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dipelajari dan ditimba untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

UMPSA laksana Audit Validasi Program Kawal Selianya di Muscat College

OMAN, 19 Disember 2023 - Delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan audit validasi Program Kawal Selia UMPSA yang dikendalikan oleh pihak Muscat College, Oman. 

Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Dekan Fakulti Komputeran (FK), Profesor Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin itu turut disertai oleh Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Dr. Syed Radzi Rahamaddulla dan Eksekutif Kanan, Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Nor Ilma Mustafa Kamal. 

Fakulti Komputeran anjur Profesor Turun Padang Pembangunan Animasi Penceritaan Interaktif (Aplikasi Scratch)

PEKAN, 9 Disember 2023 - Seramai 120 murid sekolah rendah dari empat buah sekolah sekitar Pekan telah menyertai Program Profesor Turun Padang (PTP): Pembangunan Animasi Penceritaan Interaktif (Aplikasi Scratch) anjuran Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Empat buah sekolah itu adalah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai, SK Tanjung Batu, SK Seri Terentang dan SK Pasir Panjang. 

Ts. Dr. Wan Isni Sofiah atasi cara manual cipta aplikasi mudah alih bantu selenggara alat pemadam api

PEKAN, 11 Disember 2023 – Diselenggarakan dengan baik, tetapi tiada rekod pendigitalan mendatangkan kesukaran kepada pihak kontraktor keselamatan kebakaran bagi memastikan setiap rekod disimpan dengan efisien telah mencetuskan idea buat seorang penyelidik dan pensyarah Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Wan Isni Sofiah Wan Din, 39 bagi mencipta aplikasi mudah alih Fire Extinguisher Management System (FEMS). 

Subscribe to Fakulti Komputeran