Skip to main content

10 peserta tamat latihan Kursus Fiber Optik berjaya peroleh pekerjaan

PAYA BESAR, 15 Disember 2022- Seramai sepuluh oarang peserta Program Latihan Kursus Fiber Optik tajaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama pihak UMP Advanced Education (UMP Advanced) berjaya menamatkan latihan dan memulakan pekerjaan dalam bidang fiber optik di sekitar daerah Temerloh dan Bentong Pahang.
 
Menurut bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Dato’ Mohd Sharil Abdullah yang hadir meraikan peserta dalam Majlis Tamat Latihan Program Kemahiran Anak-anak Asnaf berkata, program ini merupakan program latihan teknikal dan penempatan pekerjaan anak-anak asnaf dengan kemahiran teknikal dalam bidang fiber optik yang ditaja penuh oleh pihak MUIP.

10 peserta tamat latihan Kursus Fiber Optik berjaya peroleh pekerjaan

 
“Program ini melibatkan seramai sepuluh orang anak-anak asnaf negeri Pahang yang telah terpilih dan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa latihan selama 12 hari serta fasa penempatan pekerjaan,” katanya dalam majlis yang berlangsung di Perpustakaan UMP Paya Besar.
 
Beliau turut menghargai kerjasama pihak MUIP bersama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan UMP Advanced serta menggalakkan agar program kolaborasi strategik ini sentiasa diwujudkan sebagai pemangkin ekonomi bagi membantu lebih ramai golongan asnaf.
 
“Kami sangat berbesar hati sekiranya terdapat jaringan usahasama berterusan dan meneroka lebih banyak peluang pada masa akan datang bagi membangunkan sosioekonomi anak-anak asnaf sekitar negeri Pahang,” katanya
 
Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussain, beliau turut menzahirkan rasa syukur kepada UMP Advanced kerana sudi membantu dalam menawarkan kursus serta penempatan pekerjaaan kepada para peserta Kursus Fiber Optik yang terdiri daripada anak-anak asnaf negeri Pahang.

10 peserta tamat latihan Kursus Fiber Optik berjaya peroleh pekerjaan

Bagi peserta program, Mohd Amin Muslim Mohd Aliyas berkata, beliau bersyukur kerana terpilih menyertai program. 

Selain itu, beliau kini berjaya memperoleh pekerjaan di bawah Syarikat Lebak Makmur Sdn.Bhd.  
 
Katanya, bermula 1 Disember 2022, kami telah memulakan pekerjaan dalam bidang fiber optik di sekitar daerah Temerloh dan Bentong Pahang bersama syarikat Lebak Makmur yang telah membantu kami secara terus dengan memberikan kami penginapan yang selesa bermula hari lapor diri sehingga hari ini.
 
Fasa latihan telah dikelolakan oleh Malaysian Technical Skills Academy (MTSA) iaitu rakan kerjasama UMP Advanced bermula 31 Oktober sehingga 12 November 2022. 
Peserta yang telah berjaya tamat latihan diberikan penempatan pekerjaan oleh syarikat Lebak Makmur Sdn. Bhd.

10 peserta tamat latihan Kursus Fiber Optik berjaya peroleh pekerjaan

Peserta juga menerima sijil kompetensi iaitu Outside Plant Installer (TM CA 2C Premise Cabling) daripada pihak Telekom Malaysia Berhad, Authorised Entrant & Standby Person (AESP) dan Safety Passport daripada Institut Kesihatan dan Keselamatan pekerjaan (NIOSH).  
 
Hadir sama dalam program Ketua Pegawai Eksekutif,  Lebak Makmur Sdn. Bhd., Muhammad Izzat  Hanipah, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Technical Skills Academy (MTSA), Ahmad Shukri Abdul Aziz dan Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah Ahmad yang menjalankan fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced.

Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri dan Sakinah Abdullah, UMP Advanced

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri