Skip to main content

2 pasangan kembar sambung  pengajian bersama

Kuantan, 2 September- Dua pasang pasangan kembar  mencuri tumpuan apabila antara 1880 mahasiswa yang hadir mendaftar sempena hari pendaftaran mahasiswa baharu Univerisiti Malaysia Pahang (UMP) bagi Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020 baru-baru ini.  

Pasangan kembar tersebut iaitu Muhammad Adham Jamal Akhbar dan adiknya Muhammad Akram Jamal Akhbar,19  serta Safrizal Syazwan bin Zainal Hayat dan Syazwanie Zainal Hayat, 19 tiba seawal jam 8.00 pagi bagi menghadiri sesi pendaftaran.

Ibu kepada Adham dan Akram, Nor Khamsiah Mansor,50 berkata bersyukur apabila kedua-dua anaknya dapat menyambung pengajiannya di UMP walaupun berlainan jurusan dan  kampus memandangkan mereka berdua tidak pernah berpisah sejak dari kecil.  

“Pada mulanya saya amat risau sekiranya mereka menyambung pengajian di universiti yang berbeza kerana memikirkan bagaimana untuk menghantar mereka mendaftar serentak,” katanya. Namun, nasib menyebelahi mereka apabila keputusan diumumkan mereka ditempatkan di universiti yang sama.

Sungguhpun begitu, Adam ditempatkan di UMP kampus Gambang bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam manakala Akram pula ditempatkan di UMP Pekan dengan mengikuti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Tambahnya ibunya lagi, beliau dan suami, Jamal Akbar Ahmad,46 membuat perbandingan dengan beberapa universiti terlebih dahulu sebelum memilih UMP apabila mendapati universiti ini banyak mencapai kejayaan dalam bidang kejuruteraan. Justeru, anak-anak memilih UMP sebagai pilihan pertama ketika mengemukakan permohonan UPU Online.

Sebagai ibu bapa, mereka sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak dan tidak pernah menghalang kedua-dua anaknya untuk memilih jurusan yang diminati malahan kedua-duanya mempunyai cita-cita yang sama untuk bergelar jurutera suatu hari nanti.

Terdahulu pasangan kembar yang berasal dari Terenggganu ini  merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh).    

Manakala anak pasangan kembar Zainal Hayat Abdullah,43 dan isterinya  Masjuliana Muslim,43 iaitu Saafrizal Syazwan Zainal Hayat menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dan adiknya Safrina Syazwanie Zainal Hayat mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Mereka turut tidak menyangka kedua-dua anaknya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di universiti yang sama.

Disediakan oleh Nor Salwana Mohamad Idris daripada Bahagian Komunikasi Korporat 

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim