Skip to main content

UMP santuni pelajar lepasan SPM meraikan kejayaan

KUANTAN, 8 Jun 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi debaran apabila turun padang bersama -sama pelajar di 13 sekolah terpilih sekitar negeri Pahang  bagi meraikan kejayaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang. 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, pasukan konsultansi akademik UMP yang diselaras Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik berada di 13 buah sekolah negeri Pahang dalam program UMP@ School sempena pengumuman keputusan SPM 2022. 

Ujar beliau, program ini telah dikooordinasikan sebagai platform keterlihatan (visibility) UMP di sekolah-sekolah, sesi penerangan dan konsultasi kepada pelajar dan keluarga untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang program-program yang ditawarkan di UMP juga peluang melanjutkan pendidikan tinggi di UMP melalui program-program yang ditawarkan termasuklah program-program yang berasaskan TVET. 

UMP santuni pelajar lepasan SPM meraikan kejayaan

“Selain itu juga, melalui inisiatif ini ia dapat mendekatkan sekolah dengan universiti yang membolehkan mereka mendapat maklumat program, perkongsian campus-life dan sebagainya,” ujarnya. 

Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman hadir ke Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan  sempena  Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang SEMSAS yang telah diadakan di Dewan Al-Khawarizmi, SEMSAS.  

UMP santuni pelajar lepasan SPM meraikan kejayaan

Beliau turut  menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada 36 orang pelajar SEMSAS yang berjaya memperolehi keputusan SPM yang cemerlang. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden ExSAS  Yang Hormat Dato’ Azhar Anuar  yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MSE Resources Corporation (M) Sdn. Bhd. 

Turut sama  Pengetua SEMSAS, Haji Mahadzir  Hanapiah. 

Disediakan oleh: Nur  Ainaa  Adhreena   Muhammad  Shukri,   Bahagian   Komunikasi  Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Admin UMP News