Skip to main content

UMPSA terima pentauliahan IMI sebagai pusat latihan kenderaan hibrid dan elektrik

PEKAN, 21 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merupakan satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menerima pentauliahan Persijilan Antarabangsa Institut of the Motor Industry (IMI) United Kingdom sebagai salah sebuah pusat latihan kenderaan hibrid dan elektrik.

Majlis serahan sijil pengiktirafan UMPSA sebagai IMI International Training Centre for EV Training itu telah disampaikan oleh IMI External Quality Assurer daripada IMI UK, Stephen Longworth kepada Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dalam pertemuan yang berlangsung di UMPSA Pekan.

Turut sama hadir IMI International External Quality Assurer, Penny Peng, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik), Profesor Dr. Kamal Yusof dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Profesor Dr. Mahadzir Ishak@Muhammad

UMPSA terima pentauliahan IMI sebagai pusat latihan kenderaan hibrid dan elektrik

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, kunjungan ini juga bagi melengkapkan modul IMI International full Centre Approval and IMI International Accredited Assessor/Verifier Workshop di FTKMA, UMPSA Pekan. 

“IMI merupakan salah satu institusi automotif yang diberi hak untuk mengeluarkan sijil profesional dan kompetensi dalam kenderaan berkuasa tinggi, melebihi 60V DC.

“Pelatih yang mendapat sijil profesional daripada IMI juga layak untuk bekerja di luar negara yang mengiktiraf sijil daripada IMI.

“Pencapaian ini membolehkan lebih ramai pelatih teknikal berkemahiran dan diiktiraf dunia dilahirkan khususnya dalam bidang penyenggaraan kenderaan elektrik keluaran pengeluar dari seluruh dunia,” katanya. 

Tanbah beliau lagi, usaha ke arah  untuk mendapat persijilan pusat latihan telah bermula dua tahun yang lalu dengan membangunkan makmal EV, melakukan tanda aras (benchmarking) dan memberi latihan-latihan kepada tenaga pengajar.

“Dengan mendapatkan pertaulihan ini, UMPSA akan menyediakan latihan bagi mendapatkan Sijil Profesional bagi penyelengaraan EV yang diiktiraf IMI kepada para pelajar UMPSA. 

“Malah, turut dimanfaatkan dengan memberi latihan kepada pihak industri dan komuniti. 

“Pihak UMPSA amat menghargai sokongan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan komitmen semua dalam memastikan kejayaan dalam pengiktirafan ini,” ujarnya. 

UMPSA terima pentauliahan IMI sebagai pusat latihan kenderaan hibrid dan elektrik

Dalam pada itu, pihak FTKMA telah menjalani beberapa siri latihan bagi memastikan UMPSA berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai IMI International Training Centre for EV Training yang bermula sejak 11 hingga 21 Mac 2024. 

Ini termasuklah program latihan  IMI Systems and Procedure Training for Administrator, Centre Coordinator & Invigilator  dan IMI Systems and Procedures Training for Training Technical Trainers. 

Lain-lain latihan, IMI International Full Centre Approval and IMI International Accredited Assessor/Verifier Workshop.

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit