2 pasangan kembar sambung pengajian bersama
Kuantan, 2 September- Dua pasang pasangan kembar mencuri tumpuan apabila antara 1880 mahasiswa yang hadir mendaftar sempena hari pendaftaran mahasiswa baharu Univerisiti Malaysia Pahang (UMP) bagi Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020 baru-baru ini.
Pasangan kembar tersebut iaitu Muhammad Adham Jamal Akhbar dan adiknya Muhammad Akram Jamal Akhbar,19 serta Safrizal Syazwan bin Zainal Hayat dan Syazwanie Zainal Hayat, 19 tiba seawal jam 8.00 pagi bagi menghadiri sesi pendaftaran.