Skip to main content

Kecacatan Bukan Halangan  Muhammad Zabri 

Kuantan, 10 November - Meskipun terpaksa menggunakan kaki palsu untuk berjalan namun itu ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat buat Muhammad Zabri Abu Bakar,32,untuk menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Elektrikal dan bergraduasi sempena Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini. 

Tai Jia Yee Anak Tunggal Rangkul Anugerah Emas

Kuantan, 10 November – Nekad tidak mahu membebankan ibunya yang juga ibu tunggal, Tai Jia Yee belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat pesan ibunya mendorong kejayaan beliau merangkul Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke-13 dengan meraih Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84.

Menurut graduan Diploma Sains Komputer itu, beliau memang mengutamakan masa untuk belajar dengan tekun dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Sains Komputer di UMP.

Tiga beradik kongsi kenangan manis bergraduasi di UMP

Kuantan, 14 November- Tiga beradik berkongsi kenangan manis apabila dianugerahkan ijazah sarjana dan diploma dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Kali Ke-13 (UMP) yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.

Konsert Jimba Fest Tour Tutup Tirai Expokonvo UMP

Kuantan, 11 November – Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu Expoconvo yang memasuki edisi ke-13 mendapat sambutan mengalakkan pengunjung serta masyarakat setempat. Lebih 1000 orang hadir menyaksikan Konsert Jimba Fest Tour yang menampilkan artis seperti Datin Alyah, Awi Rafael dan ramai lagi hasil kerjasama pihak Digi dan Warner Music sebagai menutup tirai Expokonvo yang mendapat tajaan penganjuran oleh pihak UMP Advanced Education dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). 

Samsiar nekad balas pengorbanan ibu

Kuantan, 10 November - "Saya hadiahkan kejayaan ini kepada ibu saya, seorang ibu tunggal yang telah bekerja keras membesarkan saya dan kakak sejak kehilangan ayah 11 tahun yang lalu," kata graduan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian,  Samsiar Shamsuddin yang menerima Anugerah Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff  pada Konvokesyen ke-13 Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Joanne 7 Kali Anugerah Dekan terima Anugerah Pelajaran Diraja

Kuantan, 10 November- Joanne Bong Shan Shan,24 yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-13 UMP membuktikan aktif dalam persatuan bukan halangan baginya cemerlang akademik dengan meraih PNGK 3.90 dan pernah menerima Anugerah Dekan sebanyak tujuh kali sepanjang pengajian.