Skip to main content

Anak penjaga jentera, Cho Bo Wen terima Anugerah Kecemerlangan Malakoff

PAYA BESAR, 6 November 2022 – Penerima Anugerah Kecemerlangan Malakoff Corporation Bhd., Cho Bo Wen bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya pada masa hadapan.
 
Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (Elektronik), Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu berjaya menamatkan pengajian dengan PGNK 3.91.
 
Katanya, beliau berharap dapat membantu orang ramai dan manfaatkan segala ilmu yang dipelajari di UMP

Anugerah disampaikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin pada hari kedua konvokesyen. 
 
Anak kepada pasangan penjaga jentera, Cho Kum Wai, 53 dan Teh Sok Peng, 51 itu berkata, kurikulum akademik yang disediakan oleh UMP amat holistik dalam menyediakan para pelajar ke alam pekerjaan.

Anak penjaga jentera, Cho Bo Wen terima Anugerah Kecemerlangan Malakoff

 
“Pendekatan yang diberikan bukan sahaja meliputi aspek teori malah membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajarinya.
 
“Sijil Program Pengkhususan Terbuka (SPPT) juga turut membolehkan pelajar mempelajari pelbagai jenis pengetahuan di luar bidang pengajian mereka.
 
“Kenangan manis sepanjang menuntut di UMP adalah apabila kumpulan saya dianugerahkan pelajar terbaik dalam IEM Young Engineers National Summit 2021 (NATSUM 2021) yang berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Ke-17 UMP. 

 
Disediakan oleh Siti Nurfarmy Ibrahim, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim