Skip to main content

Usia 52 bukan penghalang Adam Yusuf sambung belajar

GAMBANG, 24 Oktober 2023 - Walaupon usia hampir 52 tahun, penerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat UMP Advanced, Adam Yusuf masih lagi cekal menimba ilmu pengetahuan. 

Anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik itu merupakan graduan Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan. 

Beliau sangat komited dalam menimba ilmu pengetahuan untuk membolehkannya mengadaptasi arus perubahan teknologi masa kini.   

Adam yang juga seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat di Malaysia memberitahu, ketika pandemik COVID-19 melanda negara, beliau menghadapi kesukaran dan ia merupakan cabaran terbesar untuk meneruskan pengajian sambil bekerja. 

Usia 52 bukan penghalang Adam Yusuf  sambung belajar

“Cabaran paling besar yang saya hadapi adalah menyusun strategi pengurusan perniagaan syarikat ketika pandemik COVID-19 yang lepas dan pada masa yang sama saya perlu memfokuskan pengajian semasa. 

“Disiplin dan intergriti merupakan salah satu ciri kepimpinan yang terpenting untuk meraih sesuatu kejayaan. 

“Jika tiada disiplin dalam diri, kita tidak akan mampu untuk mempamerkan contoh yang terbaik dalam kepimpinan kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18. 

Sikap yang diterapkan dalam diri itu katanya akan membentuk kita membina integriti dalam usaha melaksanakan sesuatu tugas dengan telus, amanah dan cekal. 

Pada Majlis Konvokesyen sesi keenam itu, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin telah menyampaikan skrol kepada pelajar UMP Advanced seramai 1,447 graduan. 

Turut hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Dato’ Hamdan Hussin dan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad.  

Disediakan oleh: Sakinah Abdullah, UMP Advanced 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News