Skip to main content

PKU anjur Program ?????? tangani Obesiti

PEKAN, 22 September 2022 - Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah merekodkan seramai 579 orang staf UMP dikategorikan mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit iaitu abnormal lipid profile serta obesiti tahap 1 dan tahap 2 menerusi ujian saringan kesihatan staf (mobile clinic) yang dijalankan pada tahun 2020.

Pengarah Pusat Kesihatan UMP, Dr. Khairul Salleh Abdul Basit berkata, hal ini seharusnya tidak boleh diambil mudah oleh semua staf bagi memastikan produktiviti kerja tidak terganggu.

Berdasarkan jumlah tersebut, pihaknya telah mencatatkan pencapaian sebanyak 4.97 peratus atau 80 orang staf telah berjaya keluar dari kategori staf yang mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit bagi tahun 2021 manakala bagi tahun 2022 pula, sebanyak 6.39 peratus atau 103 orang staf telah mencapat sasaran melalui saringan kesihatan berkala yang dijalankan oleh PKU.
 

PKU anjur Program ?????? tangani Obesiti

 

“Selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025, iaitu pengurangan prevalens faktor risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan staf, PKU telah mengorak langkah dengan melaksanakan program I Fit and Eat Right (IFitER) yang memfokuskan kepada program pengurusan berat badan dalam kalangan staf terlibat.

“Siri pertama ini akan melibatkan seramai 80 orang staf yang terpilih untuk mengikuti program dengan menggunakan modul yang telah dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama enam bulan.

“Program ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama yang tinggi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan demi memastikan objektif pelaksanaan program tercapai,” katanya.

Beliau yang hadir merasmikan program IFitER baru-baru ini di Dewan Serbaguna UMP Pekan mengharapkan program ini dapat memupuk kesedaran staf akan kepentingan menjaga kesihatan diri bukan sahaja untuk misi menurunkan berat badan semata-mata.
 

PKU anjur Program ?????? tangani Obesiti

 

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Dr. Shahidan Haron, dan Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UMP merangkap Penyelaras Program IFitER, Dr. Norhilda Abdul Karim.

Dr. Norhilda pula berkata, PKU telah menerima hampir 300 permohonan penyertaan program ini dalam kalangan staf hanya dalam tempoh 48 jam.
“Walau bagaimanapun, program ini hanya dapat menumpukan kepada 80 orang peserta bagi sesi kali ini.

“Pemilihan peserta ini adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu 18 tahun ke atas, mepunyai BMI 25-35 dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Syarat ini sangat penting bagi memastikan tiada risiko yang boleh mendatangkan kecederaan dan perkara yang tidak diingini terjadi kepada peserta.

“Peserta akan mengikuti tujuh modul yang telah ditetapkan dan setiap aktiviti peserta akan direkodkan di Mylogbook,” katanya.

 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri. 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris