Skip to main content

Program Ifiter berjaya pupuk kesedaran cakna kesihatan

PEKAN, 17 Mac 2023 - Program I Fit and Eat Right (IFITER) anjuran Pusat Kesihatan UMP berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan warga cakna tahap kesihatan dengan amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. 

Dalam program ini, Pembantu Eksekutif Pentadbiran, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Norfarahani A. Bakar dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menurutkan berat badannya sebanyak sepuluh kilogram daripada 102.5 kilogram.  

Beliau telah memenangi hadiah wang tunai RM1,000. 

Program Ifiter berjaya pupuk kesedaran cakna kesihatan

Manakala tempat kedua pula telah dimenangi oleh Muhamad Badrulisham dengan penurunan berat badan sebanyak 9.87 kilogram dan berjaya memenangi wang tunai RM700. 

Sementara itu, tempat ketiga pula milik Wafa’a Mokhtar dari Jabatan Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat setelah berjaya  menurunkan berat badan mencapai 9.63 kilogram dan beliau menerima hadiah wang tunai RM500. 

Pada masa yang sama, seramai lapan peserta telah mendapat hadiah sagu hati dan menerima wang tunai RM 100 setiap seorang. 

Program anjuran Pusat Kesihatan UMP ini telah bermula sekitar September tahun lalu yang mempunyai 80 peserta yang terpilih untuk mengikuti program dengan menggunakan modul yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama enam bulan. 

Program Ifiter berjaya pupuk kesedaran cakna kesihatan

Kesemua  hadiah  disampaikan oleh Pengarah Pusat  Kesihatan UMP, Dr. Khairul  Abdul Basit. 

Hadir sama Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UMP merangkap Pengelaras IFITER, Dr. Hilda Abdul Karim dan beberapa pegawai dai Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Dr. Khairul Abdul Basit dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan sesi program yang julung kali diadakan ini terutama kepada yang berjaya menurunkan berat badan. 

“Komitmen, semangat dan kesungguhan yang tinggi dari semua peserta dalam menyertai pelbagai aktiviti amat membanggakan,” ujar beliau. 

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menjayakan Pelan Strategik UMP 2021-2025 khususnya bagi Petunjuk Prestasi Utama iaitu Pengurangan Faktor Risiko Penyakit tidak berjangkit dalam kalangan Staf UMP. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri. 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris