Skip to main content

TNC (HEPA) jalankan tugas fungsi Naib Canselor UMP

PEKAN, 1 September 2021 - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin kini dilantik bagi menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor UMP.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie tiba di Pejabat Naib Canselor (PNC) hari ini dengan disambut Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UMP, Hazmin Aris dan staf di bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan ini dalam menggalas tanggungjawab bagi menjalankan fungsi Naib Canselor UMP sehingga proses pelantikan Naib Canselor yang baharu selesai.

Bagi tujuan ini, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie mengharapkan dapat bersama-sama dengan warga UMP untuk meneruskan agenda bagi menentukan pencapaian UMP ke tahap yang lebih cemerlang.

TNC (HEPA) jalankan tugas fungsi Naib Canselor UMP

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih dan sanjungan kepada Naib Canselor keempat UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff yang telah menunjukkan kepimpinan dan prestasi yang baik dalam menerajui UMP selama ini.

“Kita mengharapkan dapat bersama-sama menjalankan aktiviti yang telah kita rancang untuk memastikan Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP25) dapat dilaksanakan dan dicapai dengan baik,” katanya.

Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkuat kuasa mulai 29 Ogos 2021 lalu bagi menggantikan Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff yang telah tamat tempoh lantikannya pada 28 Ogos 2021.

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohd Idris, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris