Skip to main content
UMP tersenarai pada kedudukan 134 terbaik Asia 

UMP tersenarai pada kedudukan 134 terbaik Asia 

Kuantan, 28 November- Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatatkan pencapaian  berada di kedudukan 134 terbaik di Asia dalam penarafan QS University Ranking Asia 2020 yang diumum baru-baru ini.

Lonjakan berterusan bagi tempoh lima tahun berturut-turut ini juga menjadikan UMP sebagai universiti pertama dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang berada di kelompok 150 terbaik Asia.

Pencapaian tahun ini menyaksikan UMP meningkat sebanyak 54 kedudukan  berbanding di kedudukan 188 pada penarafan tahun lalu. Ianya mencakupi kebolehpasaran graduan, rangkaian (networking) dan kerjasama industri dan perkongsian strategik antarabangsa.  

QS University Ranking Asia 2020 mengambilkira 11 kriteria penilaian antaranya Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dan Pelajar, Jumlah Sitasi bagi Penerbitan, Jumlah Penerbitan Saintifik per staf akademik dan Staf Akademik berkelayakan.

Lain-lain adalah Jaringan Penyelidikan Antarabangsa, Staf Akademik Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa, Pertukaran Pelajar ke Luar Negara dan Pertukaran Pelajar Antarabangsa ke dalam negara.

Pelbagai inisiatif pengantarabangsaan akan terus dilaksanakan UMP dalam meliputi bidang pengajaran, penyelidikan, kolaborasi antarabangsa dan hubungan industri  dalam menjadikan universiti ini sebagai institusi pendidikan tinggi yang lebih cemerlang pada masa depan.

Bagi edisi 2020 ini memperlihatkan UMP memperbaiki kedudukan bagi hampir kesemua kriteria penilaian oleh pihak agensi penarafan antarabangsa Quacquarelli Symonds yang berpengkalan di London. Keputusan penuh QS Asian University Rankings 2019 boleh diakses melalui pautan https://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-ra….

 

Disediakan oleh Hazlina Faizal daripada Pusat Hal Ehwal Korporat dan Kualiti

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim